My Greetings

lil thin'

Tuesday, May 18, 2010


Bismillahirrahmanirrahim…
Lama gak tak menulis kat blog neh…habuk2 n sawang2 dah mula terbentuk, huhu…ada sahabat tanya; dah lama tak update blog, dah stop blogging ke? (lebih kurang macam ni la ayat dia…struktur ayat tak penting, asalkan maksud sampai). Answer: belum stop blogging cume tak jumpe masa yg sesuai nak luahkan apa yg tersimpan+terpendam dalam akal+hati nie…coz tak berapa nak reti tulis entri yg pendek2, yg panjang berjela boleh la…

Bila sebulan berlalu pantas, pasti banyak perkara yang telah berlaku & dilalui. Dan macam biasa, bila dekat2 exam neh, banyak pulak dugaan datang bertimpa2…sumenye menguji rasa sabar diri yg senipis epithelial cell nie...ya Allah, Kau perkuatkanlah benteng sabar hamba-Mu ini, jangan biarkan ia diceroboh anasir2 luar hingga boleh menumbangkan pertimbangan kewarasan akal kurniaan-Mu kepada ku...

Terasa seperti ingin meluahkan semua yang ada di dasar hati paling dalam, tapi masih tak mampu kerana tak mahu mengecilkan hati2 yg terlibat...terasa ingin berterus terang tapi masih ragu2 ingin berbicara mengenainya kerana tingkat ilmu yg rendah dan tiada hujah bernas yg bisa membantu memperbetul paksi prinsip jiwa2 yg terlibat...benarlah, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...hanya yg menanggung shj yg faham situasi n perasaan sebenar...

Benci. Dendam. Dua perkataan yg paling sukar utk ditemui dalam kamus hidupku. Tapi, keadaan sekeliling seolah-olah mendesak ku ke arah itu. Ya Allah, Kau perelokkanlah akhlakku sebagaimana Kau perelokkan ciptaan jasadku ini...jauhkanlah aku dari sifat keji ini...ya Allah, bantulah aku dalam mujahadah melawan rasa mazmumah ini...ku cuba dan akan terus mencuba untuk bersangka baik dengan ujian Allah ini kerana ku tahu, hidup adalah medan dugaan berpanjangan yg bernoktahkan perceraian nyawa dengan jasad. Pada mulanya pasti sukar, tapi ku tidak punya hak untuk memilih selain daripada redha dengan ketentuan-Nya...yg mampu ku lakukan hanyalah yakin bahawa Allah tahu apa yg terbaik untuk hamba2-Nya...

Kadang kala ku rasakan seolah-olah tidak punya perasaan lagi lahiriahnya...semuanya terkurung rapi dalam sangkar sekeping hati yg berantakan...aku tak mampu untuk melepaskan apa yg terkurung itu kerana kunci sangkar itu tiada padaku, entah ke mana hilangnya, hanya Allah yg Maha Mengetahui...dan baru kini ku faham nilai sebuah nikmat ‘kemampuan meluahkan perasaan’...alhamdulillah, setakat ini aku masih mampu bertahan...moga Allah kurniakan sedikit kekuatan untukku terus bertahan...

Bukan tiada momen2 indah & gembira yg mewarnai perjalanan hidupku...cume kekuatan momen2 ini menjadi kurang ‘berbisa’ kerana terlalu diasak oleh rasa kurang senang dari pelbagai arah & hampir setiap masa. Tapi biasalah, manusia tak akan pernah terlepas dari belenggu masalah. Dari sinilah kita akan belajar untuk memperbaiki diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. Dari sini juga kita perlu belajar menerima nasihat/teguran/kritikan yg membina dari insan2 disekeliling kita...ambil apa yg diperkatakan tanpa mengira siapa pun penutur bicara mutiara berharga itu, ini lebih utama dan lebih baik.

Adalah tidak wajar jika kita memberi dan mengambil peringatan hanya apabila penuturnya mempunyai ilmu yg lebih tinggi daripada kita...sedangkan Rasulullah SAW sendiri selalu bermusyawarah dengan para sahabat meminta pandangan dan pendapat daripada mereka tanpa ada rasa “aku lebih bagus, aku lebih tinggi ilmu daripada semua orang” walaupun kita tahu Baginda adalah suri tauladan terbaik dalam semua aspek kehidupan duniawi mahupun ukhrawi...

Mudah untuk meminta maaf, susah untuk memaafkan, lebih sukar untuk melupakan. Lebih parah jika tiada huluran kata2 maaf yg ikhlas dari yg mana2 pihak  terutamanya daripada pihak yg bersalah. Betul. Sudah melalui fasa ini. Sakit & perit untuk terus bersangka baik pada detik2 seperti ini. Tapi, pihak yg tak bersalah tidak boleh terus menghukum tanpa menyelidik punca terlebih dahulu...ini akan memburukkan lagi keadaan yg dah sedia keruh. Memang mudah berkata-kata tapi susah untuk dilaksanakan – lidah tak bertulang, lembut + lunak saje bicaranye...tapi tetap kene latih diri untuk memaafkan orang lain, selebihnya biarlah Allah yg uruskan...

P/S : saje nak kongsi entri baru kat blog kelas...bagus utk bacaan sume muslimin & muslimat ^^
Tak berkaitan dgn entri di atas. Klik [sini]

Followers

here!

lil bee~