My Greetings

lil thin'

Tuesday, May 18, 2010


Bismillahirrahmanirrahim…
Lama gak tak menulis kat blog neh…habuk2 n sawang2 dah mula terbentuk, huhu…ada sahabat tanya; dah lama tak update blog, dah stop blogging ke? (lebih kurang macam ni la ayat dia…struktur ayat tak penting, asalkan maksud sampai). Answer: belum stop blogging cume tak jumpe masa yg sesuai nak luahkan apa yg tersimpan+terpendam dalam akal+hati nie…coz tak berapa nak reti tulis entri yg pendek2, yg panjang berjela boleh la…

Bila sebulan berlalu pantas, pasti banyak perkara yang telah berlaku & dilalui. Dan macam biasa, bila dekat2 exam neh, banyak pulak dugaan datang bertimpa2…sumenye menguji rasa sabar diri yg senipis epithelial cell nie...ya Allah, Kau perkuatkanlah benteng sabar hamba-Mu ini, jangan biarkan ia diceroboh anasir2 luar hingga boleh menumbangkan pertimbangan kewarasan akal kurniaan-Mu kepada ku...

Terasa seperti ingin meluahkan semua yang ada di dasar hati paling dalam, tapi masih tak mampu kerana tak mahu mengecilkan hati2 yg terlibat...terasa ingin berterus terang tapi masih ragu2 ingin berbicara mengenainya kerana tingkat ilmu yg rendah dan tiada hujah bernas yg bisa membantu memperbetul paksi prinsip jiwa2 yg terlibat...benarlah, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...hanya yg menanggung shj yg faham situasi n perasaan sebenar...

Benci. Dendam. Dua perkataan yg paling sukar utk ditemui dalam kamus hidupku. Tapi, keadaan sekeliling seolah-olah mendesak ku ke arah itu. Ya Allah, Kau perelokkanlah akhlakku sebagaimana Kau perelokkan ciptaan jasadku ini...jauhkanlah aku dari sifat keji ini...ya Allah, bantulah aku dalam mujahadah melawan rasa mazmumah ini...ku cuba dan akan terus mencuba untuk bersangka baik dengan ujian Allah ini kerana ku tahu, hidup adalah medan dugaan berpanjangan yg bernoktahkan perceraian nyawa dengan jasad. Pada mulanya pasti sukar, tapi ku tidak punya hak untuk memilih selain daripada redha dengan ketentuan-Nya...yg mampu ku lakukan hanyalah yakin bahawa Allah tahu apa yg terbaik untuk hamba2-Nya...

Kadang kala ku rasakan seolah-olah tidak punya perasaan lagi lahiriahnya...semuanya terkurung rapi dalam sangkar sekeping hati yg berantakan...aku tak mampu untuk melepaskan apa yg terkurung itu kerana kunci sangkar itu tiada padaku, entah ke mana hilangnya, hanya Allah yg Maha Mengetahui...dan baru kini ku faham nilai sebuah nikmat ‘kemampuan meluahkan perasaan’...alhamdulillah, setakat ini aku masih mampu bertahan...moga Allah kurniakan sedikit kekuatan untukku terus bertahan...

Bukan tiada momen2 indah & gembira yg mewarnai perjalanan hidupku...cume kekuatan momen2 ini menjadi kurang ‘berbisa’ kerana terlalu diasak oleh rasa kurang senang dari pelbagai arah & hampir setiap masa. Tapi biasalah, manusia tak akan pernah terlepas dari belenggu masalah. Dari sinilah kita akan belajar untuk memperbaiki diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. Dari sini juga kita perlu belajar menerima nasihat/teguran/kritikan yg membina dari insan2 disekeliling kita...ambil apa yg diperkatakan tanpa mengira siapa pun penutur bicara mutiara berharga itu, ini lebih utama dan lebih baik.

Adalah tidak wajar jika kita memberi dan mengambil peringatan hanya apabila penuturnya mempunyai ilmu yg lebih tinggi daripada kita...sedangkan Rasulullah SAW sendiri selalu bermusyawarah dengan para sahabat meminta pandangan dan pendapat daripada mereka tanpa ada rasa “aku lebih bagus, aku lebih tinggi ilmu daripada semua orang” walaupun kita tahu Baginda adalah suri tauladan terbaik dalam semua aspek kehidupan duniawi mahupun ukhrawi...

Mudah untuk meminta maaf, susah untuk memaafkan, lebih sukar untuk melupakan. Lebih parah jika tiada huluran kata2 maaf yg ikhlas dari yg mana2 pihak  terutamanya daripada pihak yg bersalah. Betul. Sudah melalui fasa ini. Sakit & perit untuk terus bersangka baik pada detik2 seperti ini. Tapi, pihak yg tak bersalah tidak boleh terus menghukum tanpa menyelidik punca terlebih dahulu...ini akan memburukkan lagi keadaan yg dah sedia keruh. Memang mudah berkata-kata tapi susah untuk dilaksanakan – lidah tak bertulang, lembut + lunak saje bicaranye...tapi tetap kene latih diri untuk memaafkan orang lain, selebihnya biarlah Allah yg uruskan...

P/S : saje nak kongsi entri baru kat blog kelas...bagus utk bacaan sume muslimin & muslimat ^^
Tak berkaitan dgn entri di atas. Klik [sini]

Sunday, April 4, 2010

...sumtin happened...


Bismillah…in the name of Allah…
Something happened this evening. Mama called and she told me that one of her friend asked her about me. Sniff, sniff, sniff…I smelled something fishy here!
Mama cakap, kawan dia ni baik, cikgu BI tapi dah bersara awal & kalau Mama pergi kursus selalu la jumpa. Aku pun tak kenal yang mana satu, letak la nama dia kononnya Pn X. Mudahnya, Pn X ni cakap kat mama aku yang dia nak meminang aku untuk anak bujang dia.
Wait a minute…did I say ‘MEMINANG’? Arghhh! Even mama was shocked too when Pn X told her about this~
Anak dia umur 23 tahun, which means 3 years older than me & study lagi. Ni je yang aku tau (nama encik ni pun aku tak tau,huhu). Aku tak pernah jumpe Pn X ni apatah lagi anak dia. Mama cume kenal Pn X tapi tak pernah jumpe pun anak Pn X ni. Family Pn X ni tinggal kat TA, tak jauh mane pun dari tempat family aku. Macam mane nie?
Mama tak paksa aku terima tapi dari cara mama cakap macam nak suruh aku terima…nasib baik abah backup, alhamdulillah…(thanks abah!) Abah suruh tanye dulu aku, mane la tau kot2 aku tak suka @ dah ada pilihan sendiri…pada aku, abah paham aku lebih sket coz aku & abah banyak persamaan…
Masa mama bagitau semua ni, aku tak dapat nak bayangkan ape sebenarnye yang aku rasa… pelik, terkejut, sedih, bimbang, berdebar, huru-hara, terpinga-pinga…
Aku tau pilihan ibu bapa ni baik, bagus…& orang selalu kata cinta lepas kahwin tu lebih baik, lebih indah…tapi aku tak boleh tipu diri sendiri bila masuk bab hati & perasaan…buat masa ni aku belum sedia untuk pikul tanggungjawab selain tanggungjawab sebagai hamba Allah, anak, kakak, student & kawan…
Ntah kenape aku dengan yakinnye menolak hasrat Pn X ni tadi tanpa berfikir terlebih dahulu. Tambah pulak aku ni jenis kalau dah buat keputusan, memang susah nak ubah keputusan tu melainkan ada sebab2 urgent je. (perbincangan aku & mama cume amek masa 5 minit je, pelikkan?)
Antara ‘sebab2 kilat’ yang menyebabkan aku tolak permintaan Pn X:
1. Aku tak mampu nak fikir banyak benda besar dalam 1 masa & buat masa sekarang ni aku cume nak fikir pasal study je dulu
2. Aku tak sedia lagi nak fikir pasal orang lain (tunang/suami/family mereka)
3. Aku takut tak capai/sama dengan expectation orang yang berhasrat seperti Pn X. Contohnye:
a. Pn X anggap aku ni baik giler padahal aku ni biase2 je, I’m just a common girl…
b. Pn X fikir aku pandai masak tapi realitinye untuk makan sendiri boleh la, still cannot challenge Chef Wan…
4. Aku baru 20, nak abeskan lagi banyak masa dengan kawan2…kalau dah kawen, kene utamakan komitmen pada family~
5. Aku rasa aku masih dalam proses pemulihan hati yang pernah cedera parah sebelum ni, tapi orang yang menyebabkan hati aku cedera tu maybe tak perasan kot…
Untuk tolak cadangan Pn X tu, aku cume cakap reason no 1 je kat mama, yang lain aku simpan sendiri…mama ada tanye, aku memang nak pilih sendiri ke? Aku cakap, aku tak kesah…kalau mama & abah pilihkan pun tak ape cume sekarang ni aku belum sedia mental dan fizikal untuk ke arah ‘tu’. Aku doakan semoga Pn X akan jumpe menantu yang lebih baik & lebih sesuai untuk anak dia, amiin…

Monday, March 8, 2010

Think!

Bismillah…Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang…

Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya!

Ni main point n3 kali ni. Kisah BIG 4 hari 3 malam, laen kali baru cerita. Sebelum meneruskan bacaan, set minda masing2 agar berfikiran terbuka dalam menerima pendapat yg ada di bawah ini. Idea & pandangan pembaca juga dialu-alukan.

Memang betul semua orang ada kebebasan untuk berkata-kata, menukil apa jua rasa di blog masing2. Tapi perlu ingat, perkara sensitif atau yang boleh menimbulkan kontroversi lebih baik jangan dipaparkan. Senang cerita, privatekan la blog atau n3 tuh…fitnah tak timbul, hati orang lain pun tak sakit…sebab blog ni sape2 boleh baca, dan pembacanye pulak ada pelbagai cara berfikir & pemahaman…kita sebagai penulis2 blog yang berhemah perlu menjaga hasil tulisan supaya tidak menjatuhkan maruah mana2 pihak apatah lagi memburukkan individu2 tertentu…

Kita perlu memikirkan baik buruk akibat penulisan kita kepada orang sekeliling kerana penerimaan mesej/isi n3 adalah berbeza bagi setiap individu…kita perlu ambil kira semua faktor yg berkaitan dan insya-Allah, mesej kita lebih mudah untuk diterima oleh pembaca yg setia. Kadangkala kita berniat baik tapi seringkali disalah tafsir dek kerana perbezaan pandangan & perspektif, ini memang tak dapat dielakkan…justeru, kita harus lebih berhati-hati dalam mengungkap bicara serta kita tak boleh membiarkan perbezaan itu menggugat ukhwah yg terbina atas nama Islam…kita perlu mencari sekurang-kurangnya 1 titik persamaan antara kita dan orang lain, barulah dapat dikukuhkan ‘hablum minannas’ (hubungan sesama manusia).

Secara peribadinya, pandangan hamba Allah yg hina ini, sy tak kata tak perlu jaga ‘hablum minallah’, tapi kita tidak boleh hanya menjaga hubungan dengan Allah semata-mata dan mengabaikan atau kurang menjaga hubungan sesama manusia dan alam kerana Allah menjadikan kita ini saling memerlukan antara satu sama lain. Kita, manusia yg kerdil, tak mampu hidup sendirian tanpa sokongan dan bantuan orang lain. Harus kita ingat, jangan jadi enau dalam belukar, hanya tahu melepaskan pucuk masing2 sahaja. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa muslim itu bersaudara. Logiknya, apabila dikatakan bersaudara, ada hak2 yg tertentu yg perlu kita tunaikan terhdap saudara kita. Jika kita culas dalam melaksanakan hak2 tersebut, bersedialah untuk menjawab di hadapan Allah di Hari Pengadilan kelak.

Tiada sape pun yg dapat menafikan hak terhadap Allah sangat2 perlu ditunaikan dalam apa jua situasi tapi Allah memberi beberapa kelonggaran dalam hal2 tertentu kepada hamba2-Nya berdasarkan alasan2 yg dibenarkan syarak. Harus kita ingat, Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu tahap kemampuan hamba2-Nya. Al-Quran menjadi bukti kalam Allah yg menyatakan bahawa Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yg tidak mampu dipikul manusia. Segala apa yg kita terima adalah berdasarkan kemampuan kita menanggung sesuatu amanah yg datang dalam pelbagai bentuk.

Kehidupan kini amat memerlukan kepada pendidikan formal di institusi2 pendidikan. Manusia kini terlalu memandang kepada segulung kertas yg menjadi bukti tahap pendidikan sebagai penanda aras kehidupan. Tiada sape pun yg mampu mengubah horizon pemikiran ini secara global. Lantas kita harus mengikut arus zaman ini tanpa meminggirkan tarbiah islamiah secara holistik. Maksudnya di sini, tiada masalah dalam mengikut perubahan zaman yg membawa kepada kebaikan seperti meningkatkan taraf pendidikan kita secara formal mengikut saluran2 yg tertentu dan dalam masa yg sama kita tetap mengamalkan syariat Islam sepenuhnya. Kepada mana2 individu atau pihak yg berkemampuan, mereka boleh menjadi penggerak kepada pengislahan semua sistem di Malaysia. Rasulullah SAW sendiri menunjukkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan sehingga Baginda pernah bersabda bahawa wajiblah ke atas setiap muslim itu menuntut ilmu. Segala percakapan, perbuatan dan takrir Baginda adalah wahyu dan ilham dari Allah. Jika kita tidak mahu melaksanakan suruhan Baginda bererti kita enggan melaksanakan suruhan Allah juga…jadi, fikir2kanlah…

Kita perlu realistik dalam berdepan dengan cabaran semasa. Kita perlu menjadikan apa sahaja yg bermanfaat yg ada disekeliling kita, termasuklah ilmu pengetahuan sebagai senjata untuk berdepan dengan cabaran yg mendatang. Tanpa ilmu sape yg harus memikul tanggungjawab fardu kifayah yg ada? Tanpa ilmu bagaimana mungkin untuk kita memajukan diri, masyarakat & Negara demi ketinggian syiar Islam? Tanpa ilmu kita mudah untuk ditipu apatah lagi diperdaya oleh sape2 sahaja. Mahukah hanya kerana kita seorang yg ‘bermasalah’, imej muslim yg lain turut tercalar? Jangan sampai disebabkan perlakuan kita yg kurang elok, orang lain memandang serong kepada Islam…Jangan sampai hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga…

Ingatan untuk diri sendiri terutamanya dan juga pembaaca yg ingin mengambil manfaat~

Followers

here!

lil bee~