My Greetings

lil thin'

Monday, March 8, 2010

Think!

Bismillah…Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang…

Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya!

Ni main point n3 kali ni. Kisah BIG 4 hari 3 malam, laen kali baru cerita. Sebelum meneruskan bacaan, set minda masing2 agar berfikiran terbuka dalam menerima pendapat yg ada di bawah ini. Idea & pandangan pembaca juga dialu-alukan.

Memang betul semua orang ada kebebasan untuk berkata-kata, menukil apa jua rasa di blog masing2. Tapi perlu ingat, perkara sensitif atau yang boleh menimbulkan kontroversi lebih baik jangan dipaparkan. Senang cerita, privatekan la blog atau n3 tuh…fitnah tak timbul, hati orang lain pun tak sakit…sebab blog ni sape2 boleh baca, dan pembacanye pulak ada pelbagai cara berfikir & pemahaman…kita sebagai penulis2 blog yang berhemah perlu menjaga hasil tulisan supaya tidak menjatuhkan maruah mana2 pihak apatah lagi memburukkan individu2 tertentu…

Kita perlu memikirkan baik buruk akibat penulisan kita kepada orang sekeliling kerana penerimaan mesej/isi n3 adalah berbeza bagi setiap individu…kita perlu ambil kira semua faktor yg berkaitan dan insya-Allah, mesej kita lebih mudah untuk diterima oleh pembaca yg setia. Kadangkala kita berniat baik tapi seringkali disalah tafsir dek kerana perbezaan pandangan & perspektif, ini memang tak dapat dielakkan…justeru, kita harus lebih berhati-hati dalam mengungkap bicara serta kita tak boleh membiarkan perbezaan itu menggugat ukhwah yg terbina atas nama Islam…kita perlu mencari sekurang-kurangnya 1 titik persamaan antara kita dan orang lain, barulah dapat dikukuhkan ‘hablum minannas’ (hubungan sesama manusia).

Secara peribadinya, pandangan hamba Allah yg hina ini, sy tak kata tak perlu jaga ‘hablum minallah’, tapi kita tidak boleh hanya menjaga hubungan dengan Allah semata-mata dan mengabaikan atau kurang menjaga hubungan sesama manusia dan alam kerana Allah menjadikan kita ini saling memerlukan antara satu sama lain. Kita, manusia yg kerdil, tak mampu hidup sendirian tanpa sokongan dan bantuan orang lain. Harus kita ingat, jangan jadi enau dalam belukar, hanya tahu melepaskan pucuk masing2 sahaja. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa muslim itu bersaudara. Logiknya, apabila dikatakan bersaudara, ada hak2 yg tertentu yg perlu kita tunaikan terhdap saudara kita. Jika kita culas dalam melaksanakan hak2 tersebut, bersedialah untuk menjawab di hadapan Allah di Hari Pengadilan kelak.

Tiada sape pun yg dapat menafikan hak terhadap Allah sangat2 perlu ditunaikan dalam apa jua situasi tapi Allah memberi beberapa kelonggaran dalam hal2 tertentu kepada hamba2-Nya berdasarkan alasan2 yg dibenarkan syarak. Harus kita ingat, Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu tahap kemampuan hamba2-Nya. Al-Quran menjadi bukti kalam Allah yg menyatakan bahawa Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yg tidak mampu dipikul manusia. Segala apa yg kita terima adalah berdasarkan kemampuan kita menanggung sesuatu amanah yg datang dalam pelbagai bentuk.

Kehidupan kini amat memerlukan kepada pendidikan formal di institusi2 pendidikan. Manusia kini terlalu memandang kepada segulung kertas yg menjadi bukti tahap pendidikan sebagai penanda aras kehidupan. Tiada sape pun yg mampu mengubah horizon pemikiran ini secara global. Lantas kita harus mengikut arus zaman ini tanpa meminggirkan tarbiah islamiah secara holistik. Maksudnya di sini, tiada masalah dalam mengikut perubahan zaman yg membawa kepada kebaikan seperti meningkatkan taraf pendidikan kita secara formal mengikut saluran2 yg tertentu dan dalam masa yg sama kita tetap mengamalkan syariat Islam sepenuhnya. Kepada mana2 individu atau pihak yg berkemampuan, mereka boleh menjadi penggerak kepada pengislahan semua sistem di Malaysia. Rasulullah SAW sendiri menunjukkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan sehingga Baginda pernah bersabda bahawa wajiblah ke atas setiap muslim itu menuntut ilmu. Segala percakapan, perbuatan dan takrir Baginda adalah wahyu dan ilham dari Allah. Jika kita tidak mahu melaksanakan suruhan Baginda bererti kita enggan melaksanakan suruhan Allah juga…jadi, fikir2kanlah…

Kita perlu realistik dalam berdepan dengan cabaran semasa. Kita perlu menjadikan apa sahaja yg bermanfaat yg ada disekeliling kita, termasuklah ilmu pengetahuan sebagai senjata untuk berdepan dengan cabaran yg mendatang. Tanpa ilmu sape yg harus memikul tanggungjawab fardu kifayah yg ada? Tanpa ilmu bagaimana mungkin untuk kita memajukan diri, masyarakat & Negara demi ketinggian syiar Islam? Tanpa ilmu kita mudah untuk ditipu apatah lagi diperdaya oleh sape2 sahaja. Mahukah hanya kerana kita seorang yg ‘bermasalah’, imej muslim yg lain turut tercalar? Jangan sampai disebabkan perlakuan kita yg kurang elok, orang lain memandang serong kepada Islam…Jangan sampai hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga…

Ingatan untuk diri sendiri terutamanya dan juga pembaaca yg ingin mengambil manfaat~

Followers

here!

lil bee~