My Greetings

lil thin'

Monday, March 8, 2010

Think!

Bismillah…Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang…

Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya!

Ni main point n3 kali ni. Kisah BIG 4 hari 3 malam, laen kali baru cerita. Sebelum meneruskan bacaan, set minda masing2 agar berfikiran terbuka dalam menerima pendapat yg ada di bawah ini. Idea & pandangan pembaca juga dialu-alukan.

Memang betul semua orang ada kebebasan untuk berkata-kata, menukil apa jua rasa di blog masing2. Tapi perlu ingat, perkara sensitif atau yang boleh menimbulkan kontroversi lebih baik jangan dipaparkan. Senang cerita, privatekan la blog atau n3 tuh…fitnah tak timbul, hati orang lain pun tak sakit…sebab blog ni sape2 boleh baca, dan pembacanye pulak ada pelbagai cara berfikir & pemahaman…kita sebagai penulis2 blog yang berhemah perlu menjaga hasil tulisan supaya tidak menjatuhkan maruah mana2 pihak apatah lagi memburukkan individu2 tertentu…

Kita perlu memikirkan baik buruk akibat penulisan kita kepada orang sekeliling kerana penerimaan mesej/isi n3 adalah berbeza bagi setiap individu…kita perlu ambil kira semua faktor yg berkaitan dan insya-Allah, mesej kita lebih mudah untuk diterima oleh pembaca yg setia. Kadangkala kita berniat baik tapi seringkali disalah tafsir dek kerana perbezaan pandangan & perspektif, ini memang tak dapat dielakkan…justeru, kita harus lebih berhati-hati dalam mengungkap bicara serta kita tak boleh membiarkan perbezaan itu menggugat ukhwah yg terbina atas nama Islam…kita perlu mencari sekurang-kurangnya 1 titik persamaan antara kita dan orang lain, barulah dapat dikukuhkan ‘hablum minannas’ (hubungan sesama manusia).

Secara peribadinya, pandangan hamba Allah yg hina ini, sy tak kata tak perlu jaga ‘hablum minallah’, tapi kita tidak boleh hanya menjaga hubungan dengan Allah semata-mata dan mengabaikan atau kurang menjaga hubungan sesama manusia dan alam kerana Allah menjadikan kita ini saling memerlukan antara satu sama lain. Kita, manusia yg kerdil, tak mampu hidup sendirian tanpa sokongan dan bantuan orang lain. Harus kita ingat, jangan jadi enau dalam belukar, hanya tahu melepaskan pucuk masing2 sahaja. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa muslim itu bersaudara. Logiknya, apabila dikatakan bersaudara, ada hak2 yg tertentu yg perlu kita tunaikan terhdap saudara kita. Jika kita culas dalam melaksanakan hak2 tersebut, bersedialah untuk menjawab di hadapan Allah di Hari Pengadilan kelak.

Tiada sape pun yg dapat menafikan hak terhadap Allah sangat2 perlu ditunaikan dalam apa jua situasi tapi Allah memberi beberapa kelonggaran dalam hal2 tertentu kepada hamba2-Nya berdasarkan alasan2 yg dibenarkan syarak. Harus kita ingat, Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu tahap kemampuan hamba2-Nya. Al-Quran menjadi bukti kalam Allah yg menyatakan bahawa Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yg tidak mampu dipikul manusia. Segala apa yg kita terima adalah berdasarkan kemampuan kita menanggung sesuatu amanah yg datang dalam pelbagai bentuk.

Kehidupan kini amat memerlukan kepada pendidikan formal di institusi2 pendidikan. Manusia kini terlalu memandang kepada segulung kertas yg menjadi bukti tahap pendidikan sebagai penanda aras kehidupan. Tiada sape pun yg mampu mengubah horizon pemikiran ini secara global. Lantas kita harus mengikut arus zaman ini tanpa meminggirkan tarbiah islamiah secara holistik. Maksudnya di sini, tiada masalah dalam mengikut perubahan zaman yg membawa kepada kebaikan seperti meningkatkan taraf pendidikan kita secara formal mengikut saluran2 yg tertentu dan dalam masa yg sama kita tetap mengamalkan syariat Islam sepenuhnya. Kepada mana2 individu atau pihak yg berkemampuan, mereka boleh menjadi penggerak kepada pengislahan semua sistem di Malaysia. Rasulullah SAW sendiri menunjukkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan sehingga Baginda pernah bersabda bahawa wajiblah ke atas setiap muslim itu menuntut ilmu. Segala percakapan, perbuatan dan takrir Baginda adalah wahyu dan ilham dari Allah. Jika kita tidak mahu melaksanakan suruhan Baginda bererti kita enggan melaksanakan suruhan Allah juga…jadi, fikir2kanlah…

Kita perlu realistik dalam berdepan dengan cabaran semasa. Kita perlu menjadikan apa sahaja yg bermanfaat yg ada disekeliling kita, termasuklah ilmu pengetahuan sebagai senjata untuk berdepan dengan cabaran yg mendatang. Tanpa ilmu sape yg harus memikul tanggungjawab fardu kifayah yg ada? Tanpa ilmu bagaimana mungkin untuk kita memajukan diri, masyarakat & Negara demi ketinggian syiar Islam? Tanpa ilmu kita mudah untuk ditipu apatah lagi diperdaya oleh sape2 sahaja. Mahukah hanya kerana kita seorang yg ‘bermasalah’, imej muslim yg lain turut tercalar? Jangan sampai disebabkan perlakuan kita yg kurang elok, orang lain memandang serong kepada Islam…Jangan sampai hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga…

Ingatan untuk diri sendiri terutamanya dan juga pembaaca yg ingin mengambil manfaat~

Thursday, February 11, 2010

after 1 month...

Bismillahirrahmanirrahim…

Hmm, dah sebulan tak usek blog…KPM block blog, scribd, ym, social website, etc~ susah betol nak cari maklumat untuk study! Dah la info byk kat blog & scribd..kalu nak harapkan library, parah la..buku terhad tapi yang nak gunanye ramai, dari pensyarah sampai la students yg riban2 nie..ape pun tetap bersyukur coz ade kemudahan laen yang boleh digunakan – brodben sdn.bhd.~

Dalam sebulan ni macam2 dah berlaku, dari perkara menggembirakan sampai la perkara yang menyedihkan, dari perkara menyenangkan sampai la perkara menyusahkan, sumenye aku hadapi dengan penuh sedar bahawa sume tu adalah antara bentuk ujian yang aku sebagai hamba-Nya mesti tempuhi walaupun kadang2 terbit jugak keluhan manifestasi rasa kurang sabar, walaupun kadang2 keluar jugak rungutan simptom hampir putus asa...ya Allah, ampunilah aku atas ketelanjuran rasa ini..berilah aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba-Mu..janganlah Kau pesongkan aku dari jalan-Mu, teguhkan aku dengan pasak aqidah-Mu yang benar, amiin...

Dalam sebulan ni jugak, tanggungjawab makin bertambah, komitmen makin tinggi permintaannye [ni belom jadi JPP lagi ni,huhu]...perjalanan hidup seharian sedikit kelam kabut coz masih dalam usaha menyesuaikan diri...dulu, cume terlibat sikit2 tapi kali ni terlibat secara langsung – so, no more reasons to avoid works ahead~ by the way, it’s nice to have new experiences…harap2 dapat jalankan tugas dengan sebaiknye! Insya-Allah…

Study so far so gud, seronok dapat belajar tentang kanak2 though it’s a bit fenin2 coz we learn everything in college, everything that we can apply both in our career and in our life – this is what I luv most! Paling best bila ada amali pedagogi! Cian cikgu-to-be yang ngaja kat depan, kene buli dengan murid2 a.k.a kawan2 sendiri, hehe...and my turn is just around the corner...perhaps, my gud students @ my fwenz could behave nicely but if they want to be naughty, what can I do? I’ll just let them to be what they want to be coz this is just a fake practical. Plus, if there is no laugh even once, class would be the most boring place in the world and students tend to fall asleep soundly~ cume yang mencabar sket nak kene ingat fakta yang belambak & menggunung, huhu…

Dah lama 1 mende ni dok bersarang dalam kepala otak aku neh cume tak leh nak dikeluarkan – hidden file, susah nak delete – file ni dah bertapak lama dalam memori, since I was in school years..nape jadi gini yek? Cane nak kurangkan berat otak ye? Mesti tambah RAM ke? Ade sape2 yang bley tolong? So far, I just keep myself as busy as possible to avoid thinking about the same thing all the time and it works only for 60%. When all of this will end? Only Allah knows…

Makin lama makin banyak mende yang perlu aku fikirkan…agama, family, study, kawan2, komuniti kecik ipg, personal life…conclusion: thinking is an education and it has no end till the end!

Monday, January 11, 2010

~result oh result~


Bismillah…Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Hari ni dapat result pekse sem 3 yg lepas. Jatuh gila. Tu je yg bley aku kata. Tapi memang patut pun coz main2 & tak prepare betul2. Yg jadi penyelamat cume pointer 2 sem sebelum tu, syukur alhamdulillah. Kalu tak, naya gak la…mau kene tendang,huhu.

Terkilan sangat2 rasa hati ni. Bak kata kak Fatin, normal la kalu result turun, ada masa kita kat atas, ada masa kita kat bawah. Kita kene terima hakikat walau pahit sekalipun & macam mana pun hidup mesti diteruskan.

Secara kasarnya, ni la result aku dari sem 1-3 PPISMP tapi tak nak state pointer, malu…

Sem 1 à 6A 4B / 3.++

Sem 2 à 8A 2B / 3.++

Sem 3 à 6A 4B / 3.++ pointer terkumpul: 3.++

Ntah bile la nak dapat 4.00… Tapi apepun, aku tetap bersyukur sbb lepas la target personal.

Skang ni kene start all over again. Sem baru ni sampai la abes nanti kene wat yg terbaik coz pointer sem 1 ni akan dikumpul sampai sem 8 & pastu pukul rata. Kene pastikan jgn kurang dari 2.75, kalu kurang takkan diposting & tak layak disah jawatan sebagai cekgu…

::..Merenung Masa Depan..::

Followers

here!

lil bee~