My Greetings

lil thin'

Monday, January 11, 2010

~result oh result~


Bismillah…Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Hari ni dapat result pekse sem 3 yg lepas. Jatuh gila. Tu je yg bley aku kata. Tapi memang patut pun coz main2 & tak prepare betul2. Yg jadi penyelamat cume pointer 2 sem sebelum tu, syukur alhamdulillah. Kalu tak, naya gak la…mau kene tendang,huhu.

Terkilan sangat2 rasa hati ni. Bak kata kak Fatin, normal la kalu result turun, ada masa kita kat atas, ada masa kita kat bawah. Kita kene terima hakikat walau pahit sekalipun & macam mana pun hidup mesti diteruskan.

Secara kasarnya, ni la result aku dari sem 1-3 PPISMP tapi tak nak state pointer, malu…

Sem 1 à 6A 4B / 3.++

Sem 2 à 8A 2B / 3.++

Sem 3 à 6A 4B / 3.++ pointer terkumpul: 3.++

Ntah bile la nak dapat 4.00… Tapi apepun, aku tetap bersyukur sbb lepas la target personal.

Skang ni kene start all over again. Sem baru ni sampai la abes nanti kene wat yg terbaik coz pointer sem 1 ni akan dikumpul sampai sem 8 & pastu pukul rata. Kene pastikan jgn kurang dari 2.75, kalu kurang takkan diposting & tak layak disah jawatan sebagai cekgu…

::..Merenung Masa Depan..::

Sunday, January 10, 2010

SELAMAT HARI LAHIR YG KE– 44 MAMA !!!

~time ni kat dlm restoren petronas punye, restoren tu kat KLCC - sama level dgn jambatan~

Genap 1 ming lepas birthday kakak, birthday Mama pulak. Em, kakak selalu doa supaya Allah sayang Mama macam Mama sayang kakak, kakak doa supaya Allah kasihkan Mama macam Mama kasihkan kakak, kakak doa supaya Allah mudahkan segala urusan Mama dunia & akhirat, kakak doa supaya Allah beri kekuatan & ketabahan utk Mama hadapi segala macam cabaran yg merintangi hidup Mama…moga Allah berkati kehidupan Mama & kita sekeluarga…moga Allah limpahkan rahmat-Nya buat kita semua…amiin!

Kakak sayang Mama sangat2…tak tergambar dgn kata2…kakak minta maaf byk2 ye Mama? Cz kakak kadang2 usek2 Mama, kadang2 nakal & kadang2 malas, tapi tak pernah terniat utk sakitkan hati Mama cume nak manja2 dgn Mama…pelik kan cara kakak nak manja dgn Mama?hee~ Pd kakak, benda2 pelik la yg senang nk ingat compared dgn perkara yg dah lazim berlaku dlm hidup, betul kan Mama? ^.~ lagipun, bile kakak wat camtu, Mama mesti ketawa, tegur & nasihat kakak, tu yg kakak suke dengar coz kakak tak kan dapat dengar kat tempat lain & drpd org lain…

Kakak tak tau nak beli hdiah ape tuk Mama, blom ade idea. Duit pun tak ade lagi. Cuti selain ujung minggu pun lame lagi. Insya-Allah, kalu ade rezeki (ni tunggu elaun masuk la ni), panjang umo & takde aral melintang, bulan depan kakak balik la yeh?

Sebenarnya kakak curi masa jap nak wat n3 ni, tadi tengah wat omwek & assignment…pasni sambung balik. Ni je kot yg kakak nak tulis, yg lain2 simpan dlm ati jela, nak simpan sowg2, hehe…

“This love is neither seen nor heard, this love is the rope given by ALLAH”

Saturday, January 9, 2010

Antara Cinta, Kekayaan, Kegembiraan, Kesedihan, Dan Waktu

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak. ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.

Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu. "KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi,KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tidak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.

Tak lama lewatlah KECANTIKAN. "KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tidak mahu membawamu. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." Sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.

Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memanggil, "Oh,KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf,CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhan, "oh Tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?"

Pada saat kritikal itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!"CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua kerepot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera

pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu."Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalinya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu...... "

Source: Mr.KC & Mrs.KC

Pokok Semalu VS Wanita Moden

Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Source: Mr.KC & Mrs.KC

Monday, January 4, 2010

..tragis betul..

Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…

Peristiwa pertama yg tragis pada hari pertama sem1 PISMP yg tak akan aku lupa sampai bila2. Kisah pertama yg menjadi kenangan aku dan bilik baru ku ini. Sebenarnye malu nak citer kat sini tapi nak gak citer & cerita ni terpaksa diringkaskan serba sedikit demi menjaga privasi penulis supaya sesuai utk bacaan umum,huhu~

Sedang aku bersiap2 ingin ke bilik air, terdetik di hati;

‘nak bukak tingkap ke nak biar je tingkap ni tertutup?’

‘nak bawak kunci ke tak ek?’

Tapi memikirkan risiko meninggalkan bilik yg tak berkunci dgn dua2 penghuninya keluar, maka aku memutuskan utk menutup tingkap, mengunci bilik dan kuncinya dibawa bersama ke bilik air. Ku ingatkan diri agar berhati2 dgn kunci tersebut.

Setelah selesai membersihkan diri, ku ingatkan diri sekali lagi ambil kunci dulu baru selesaikan yg lain. Tapi nak dijadikan cerita, seluruh anggota bertindak diluar kawalan dan tak mengikut arahan akal. Kunci tu tak diambil, menda lain yg dibuat dulu. Hasilnya, seperti yg dijangka, kunci tu jatuh dalam lubang yg berdekatan – bukan lubang tandas tau? Kebetulan lubang tu tak ada tutup dan dalam…nasib2…

Aku cuba capai kunci tapi kompem la tak dapat sebab tangan tak cukup panjang, dah guna hanger tapi tetap tak berjaya. Aku keluar dari bilik air dalam keadaan yg blur, panic, tak tau nak buat apa. Bilik ku itu terletak sebelah stor. Aku fikir, kalaulah dapat masuk ikut tingkap…

Terlupa nak cakap, Naima, my roommate, tinggalkan key dan handset dia dalam bilik & dia dah pergi masjid. Aku pulak kunci bilik & kunci tu…paham2 jela…

Tingkap2 bilik2 kat sini sumernye tak akan boleh diumpil, memang susah giler nak bukak kalau dah ditutup dari dalam. Namun dengan penuh nekad aku panjat kuar ikut tingkap stor dan bercadang masuk bilik ikut tingkap gak. Malang tak berbau. BANG! Tingkap stor tu tertutup sendiri. Sekarang, aku terperangkap. Nak masuk stor semula tak boleh, nak masuk bilik sendiri pun tak boleh… ah sudah, aku dah tak boleh nak ke mana2 ni…rasa macam nak pitam & meraung pun ade time tu…kalau cuba nak ke lobi aras 3 ni, ruang nak letak kaki pun tak muat, tempat nak berpaut pun tak ade...kalau jatuh ke bawah ni, insya-Allah, akan ‘gol’, tak pun patah riuk..dah le aku ni jenis gayat sikit,huhu ++

Fikir punya fikir, satu je cara yg tinggal – jerit nak mintak tolong. Tapi tak la aku jerit ‘tolong!tolong!’, cuma kuatkan suara tanya sape yg ada dekat2 situ. Alhamdulillah, ada senior yg dengar & dia tolong bukak tingkap stor. Dia terkejut giler tengok aku ada kat lua tingkap stor tuh, dia tanye aku buat apa kat situ tapi aku diam je, tak tau nak kata ape.

Next step, fikir ape lagi yg aku boleh buat. Kena bagitau roommate ni. Camne nak bagitau ek? Henpon gue ada dalam bilik yg berkunci tu. Haaa! Carik classmate yg terdekat… Pencarian bermula. Kebetulan terjumpa dgn Shiqah. Dah setel citer problem, kami calling2 kwn2 utk ‘capai’ Naima. Dah terpaksa susahkan ramai kawan2,huhu. Sowie kawan2…At last, dapat gak ‘capai’ Naima setelah call ramai orang. Naima pun gelabah bila tau pasal ni. Yela, esok dah start kuliah, 7.30 pagi dah kena ada dalam kelas. Pejabat penyelia asrama pulak bukak 8 pagi. Macam mana kami nak pergi kuliah?

Pening gak la fikir camne nak setelkan problem neh. Kusut otak jadinye. Aku cuba tenangkan diri utk berfikir secara rasional & aku yakin setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Maka dgn ilham dari Allah, Naima call henset Shiqah & suruh aku cari tuan bilik yg sebelum ni & tanya kot2 diorang ada spare key. Alhamdulillah, syukur…maka masalah setel tanpa adegan kopak-mengopak pintu..tuan bilik yg sebelum ni sebenarnya duduk kat bilik tak jauh pun dari bilik aku yg terkunci tu, and to be exact, diorang dok kat bilik sebelah bilik Shiqah…

Moral values yg aku dapat dari pengalaman ni:

- Jgn bawak ape2 key masuk dalam toilet [trauma aku jadinyer…]

- Bila ade masalah, mesti bertenang, jgn terlalu panic sbb takut tak boleh fikir dgn baik utk setelkan problem

- Kita tak akan boleh hidup sorang2 krn Allah dah jadikan kita ni saling memerlukan antara satu sama lain. Hari ni kita susah, diorang tolong, esok2 diorang susah, kita pulak tolong

- Jgn jadi terlalu berani & jgn pulak jadi terlalu penakut, dua2 bahaya!

- Fikir masak2 sebelum buat sesuatu, kalau melulu, takut masalah akan jadi lebih sulit

- Hargailah kawan2 terutamanya yg diperantauan coz diorang dah jadi orang2 yg paling rapat ketika kita jauh dari keluarga

Hmm, macam2, semalam lain citer, hari ni lain kisah… Apa pun, sekali lagi, asif jiddan ya asdiqoie wa jazakumullahu khoironjaza…

Sunday, January 3, 2010

::030110::

Bismillah…

Alhamdulillah, sebelum maghrib tadi selesai sudah keje2 mengemas barang sampai sakit bahu dibuatnya,huhu. Petang tadi dah mendaftar. Tak sangka ape yg dah dirancang bersama teman2 tak menjadi. Lain yg diharap lain yg jadi tapi ku masih yakin bahawa pasti ada hikmah disebalik peristiwa yg menimbulkan rasa terkilan dihati ini. Terkilan krn ku sedih melihat raut wajah mereka yg seakan pasrah. Terkilan krn perancangan kami terbantut disebabkn oleh perancangan org lain yg baru kami ketahui.

Masih terkesan jauh disudut hati pabila melihatkan wajah2 mereka tatkala mendengar perkhabaran yg mereka mendapat tempat yg agak jauh dariku dan teman2 yg lain. Kedudukan yg jauh ni serba sedikit akan memberi kesulitan ketika hendak menyempurnakan tugasan berkumpulan nanti. Rasa bersalah menyelubungi hati tapi ku tak mampu berbuat apa2, sekadar menerima ape yg dah terjadi…maafkan ku teman2…

Rasa terkilan & sedih ni bertambah parah saat ada yg menutur kata2 yg bisa menyiat halus hati ini. Rasa seperti ingin gugur air mata detik itu namun ku tahan jua. Biarlah ku simpan rasa ngilu ini jauh dari segalanya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sebenar2nya setiap pergolakan hatiku. Mungkin mereka tak bermaksud begitu, hanya diri ini yg terlalu sensitif. Maaf sekali lagi teman2…Ku harap agar bab baru hidupku bermula dgn baik tapi sebaliknya yg terjadi, semua yg ku buat serba tak kena…kita merancang tapi Allah yg menentukan…

Ke mana harus ku adukan jiwa yg gundah ini jika tidak kepada Allah? Ya Allah, Kau berikanlah ku ketenangan, ketabahan & kesabaran yg tinggi dlm menempuh apa jua bentuk ujian-Mu buat ku. Ya Allah, berikan ku kekuatan utk membina benteng diri dari segala bentuk godaan. Ya Allah, jgn Kau biarkan ku terpesona dgn keindahan alam fana’ ini tanpa pedoman. Ya Allah, jgn Kau biarkan ku hanyut dalam arus duniawi tanpa ada aqidah yg benar dlm jiwa...

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini…



Saturday, January 2, 2010

the result~

Ni la result test yg sy buat tadi tentang personality & learning style. I can say that this test result is 99.99% accurate,hee~

Paragon Learning Style:

ISTJ (Introvert,Sensing,Thinker,Judger)

ISTJs learn best by experiencing, doing and practicing. For them, the theory (and the links that can be made to their existing knowledge and skills) comes later.

They prefer to learn in an orderly and self-paced manner, and thus benefit from structured, well thought-out training programs, self-teaching courses, or high quality coaching. Being set (and achieving) regular targets ensures that they maintain interest and gives them the feedback that they need to show them that they are making steady progress. Loose unstructured teaching without clear outcomes or with a high degree of experimentation, theory or 'play' does not appeal.

As learners, ISTJs:

v are more interested in facts than in abstract theories

v are more likely to employ proven ideas or methods

v learn in a linear fashion

v prefer to work towards a clear goal or end-product

v enjoy hands-on training

v value knowledge that has practical application

v have a strong need for evidence or proof when learning new facts

v are good at focusing and concentrating

v are motivated by personal achievement, enhanced status and recognition.

ISTJs are most comfortable learning when:

ü engrossed in short 'here and now' activities such as business games, competitive teamwork tasks, role-playing exercises

able to stand back from events and listen/observe, e.g. observing a group at work, taking a back seat in a meeting

ü allowed to think before acting, assimilate before commenting, to prepare in advance

ü carrying out painstaking research

ü given the opportunity to review what they have learnt

ü asked to produce carefully considered analyses and reports

ü finding themselves in structured situations with a clear purpose

ü presented with ideas and concepts that emphasize rationality or logic, and are well argued

ü when concentrating on, or being shown techniques for doing things with obvious practical advantages e.g. saving time, drawing up action plans, dealing with awkward people

ü given the chance to try out and practice techniques with coaching/feedback from a credible expert

ü exposed to a model they can copy, e.g. a respected boss, a demonstration from someone with a proven track record

ü given immediate opportunities to implement what they have learned

ISTJ’s are least comfortable when:

§ the learning is abstract and theoretical and or practical benefit

§ expected to act without clear guidelines or opportunities for planning or practice there is no practice or clear guidelines

§ there are political, managerial or personal obstacles to implementation

§ asked to do something without warning, e.g. to produce an instant reaction

§ obliged to participate in situations with a strong emotional or interpersonal content

§ involved in unstructured activities where there is ambiguity and uncertainty

However, engaging in learning activities that contain some of the above is often of greater benefit in terms of their overall development, as discussed earlier.

Now you know your learning style, you can choose the type of learning that suits you, or adapt learning material or courses you are attending to incorporate some of the ways you will learn effectively.

http://www.teachersrock.net/16gaya.htm

Followers

here!

lil bee~