My Greetings

lil thin'

Thursday, June 10, 2010

it was...

 Bismillah…dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,  Raja segala raja, Pemilik  tunggal alam semesta yg indah & luas terbentang…
Alhamdulillah, dah 5 hari start cuti end of semester. Dan 5 hari ni jugak la aku digasak ngan soklan2 yg tak termasuk lagi dalam syllabus akal seorang cekgu-to-be yg baru berumo doploh taon (muda lagi, tawu?).
Ingatkan bab ni dah abes dah since last ‘risikan’ yg tak jadi tu, huhu…naik pening kepala pikir cane la nak elak ‘peluru2 getah’ dari mama & abah…cuti lama lagi nak abes…kalu hari2 kene ‘tembak’, bule lunyai aku dibuatnye! Tapi yg paling tak boleh tahan (memang tak bleh blah~), mama cakap (cakap? asal aku rasa macam kene ugut?) : kalu ada sape2 masuk r***k/m****g aku, MAMA AKAN TERIMA! Perghhh!!! Dasat gak mama neh…

Mama ada gak tanye2 aku dah ada somebody ke?
Tapi ape yg aku nak jawab? aku takde jawapan.
Mama ada gak tanye2 pasal ‘kawan’ aku ni.
Tapi ape yg aku nak jawab? aku takde kepastian.
Yg mampu aku wat cume sengih, angkat bahu, cakap “ye kot” & “entah la”.

Tak lebih tak kurang. Ke…hati ni tengah cuba sembunyikan sesuatu…? Wahai hati, tolonglah berterus terang…kalu diakhir kembara rasa ni kau dikecewa, tak mengapa kerana itu bererti kau belum ketemu dengan ‘sebahagian’ darimu yg sebenar…jangan mudah berputus asa, kerana rahmat-Nya sentiasa ada untuk hamba2 yg cekal berusaha lillahi ta’ala…
Kadang2 terfikir gak, nape ek sejak2 dah masuk doplohan ni asek dengar citer kawen je…orang ni kawen, orang tu kawen, orang sini kawen, orang sinun kawen…& lastly, dush! kene kat batang idong sendirik, bile nak kawen? urghh~
Nak wat ape skang? Buntu. Sirareboot (cara sebut: sir-are-boot = serabut, credit to Kamal). Pasrah. I can’t concentrate on 2 or more big things at 1 time, but wonderfully, family & study can get along together, which means both are my priority at this moment. Perhaps, I should just let things happen. Allah knows the best for me, for you, for us, for them & for the rest of ummah. Okay, full stop. Don’t want to talk ‘bout it for now. The topic is off.
Sedar tak sedar dah 4 semester aku belaja kat maktab. Tapi, selama 4 sem ni jugak la aku berperang dengan perasaan sendiri. Mana taknye, jiwa ni aku dah bentuk dari sekolah lagi – since I got my UPSR result – to be a doctor but at the end, I’m gonna be a teacher! It’s really hard for me to accept this reality at first. Even sampai sekarang pun macam tak percaya aku akan jadi cekgu betul2 2014 nanti (kalu panjang umo la).
Dulu aku selalu cabar diri sendiri utk challenge classmates yg score bio & chem secara diam2 as both are my favourite subjects but physics & add maths can’t be helped, really helpless, otak ni memang jenis tak minat & tak larat nak bawak kira2 yg supreme, huhu…
Kita expresskan cerita, memang tak sangka dapat result yg bole tahan la ok bagi aku…ingatkan paling2 pun dapat 7A je, alhamdulillah dapat lebih sikit dari yg dijangka even bukan 12 1A macam kengkawan yg lain. Anyway, add maths memang dah ‘tergelincir’ bersama2 BAT, terkilan gak BA tak dapat A…ape pun aku tetap bersyukur dengan apa yg Allah bagi ni.
Dengan result yg bukan straight A’s ni, aku dapat rasa memang tak layak langsung nak apply medic oversea. So, I tried for local. But the answer is still NO. Okey, ni ujian kesabaran. Masuk matrik ngan harapan yg menggunung utk teruskan perjuangan dalam bidang sains hayat, tak dapat jadi doctor pun takpe as long as I can work in medical related field. My probs start here. Aku tak bole nak bawak subjek maths. B-e-r-a-t s-u-n-g-g-u-h. Aku paham apa yg lecturer ajar kat depan tapi bila nak buat latihan sendiri tetibe je ak jadi blur…tak tawu nak start dari mana…sadis betul!
Time ni memang betul2 rasa nak give up, rasa macam nak dropkan subjek ni…tapi bole ke? Selalu gak pikir, bila dah jadi doc, ape yg nak dikira? Tak kan nak buat pembedahan kena guna add maths supreme kot? Tak kan nak bagi dosage ubat pun nak kira guna add maths supreme kot? Tak kan nak periksa patients pun kena guna add maths supreme kot? Sempat ke??? Hehehe…dear all docs-to-be, don’t be mad ok? ^.~
At the same time, apply gak utk maktab. Kira ni plan B la kalu rasa tak bole nak carry on kat matrik. Bila dah jadi macam kat atas ni…so, here I am, dihantar ke Bangi. Elok je aku abes minggu orientasi yg tak mungkin dilupakan, MARA called umah. Encik yg called tu gitaw aku dapat tajaan mereka for local studies…bila tawu, on the spot aku rasa macam nak menangis…macam2 perasaan ada, sumenye bercampur baur…gembira, sedih, lega, terkilan…
Kalu nak resign maktab kene bayar balik kat KPM beratus ribu, mana aku nak cekau? Coz time ni dah sain agreement ngan KPM…nothing can be done, jadi, melepas suda…
Nape aku citer sume ni ek? Bukan niat nak dabik dada atau nak menunjuk2…Cuma nak meluahkan rasa terkilan hati je sebenarnye…macam mana pun aku tetap redha & bersyukur coz dimudahkan oleh Allah laluan kembara ilmu ini & diberi peluang utk bertemu dengan sahabat seperjuangan yg banyak membantu dalam pelbagai perkara serta saling mengingati sesama kita…moga ukhwah antara aku, kau, dia, kita, mereka dan sesiapa sahaja terbina kukuh berlandaskan prinsip ikhlas lillahi ta’ala…

No comments:

Post a Comment

Followers

here!

lil bee~