My Greetings

lil thin'

Monday, May 16, 2011

if only you knew...

Bismillahirrahmanirrahim...
Heh, dah lama tak menulis ni rasa macam dah berkarat pulak skill. Tapi tetap jugak nak tulis sebab dah lama sangat pendam sejuta satu rasa ni sampai dah tak tau nak start kat mana.
Sebelum tu, aku nak wish dulu SELAMAT HARI MURABBI untuk semua yang berpangkat murabbi/pensyarah/cikgu/guru yang berperanan mendidik semua yang berpangkat murid/pelajar/mahasiswa/mahasiswi secara langsung atau tak langsung, formal atau tak formal, yang penting bila berlaku give and take ilmu antara dua atau lebih pihak kira ada la cikgu dan murid. Especially to parents yang sememangnya orang pertama yang mendidik sejak kita semua kecik-mecik!
###
Minggu ni dah start final exam. Tapi aku tak sedia langsung mental dan fizikal kearah tu. Huh, apa nak jadi la hamba Allah yang sorang ni, ish3! Benda yang nak di’study’kan banyak je tapi malasnya...na’uzubillah! Tu belum lagi cerita kena siapkan fail subjects lengkap dengan ISL + notes dari semester 1 sampai la semester 3 ni...
###
Naik semester baru nanti dah kena masuk rumah sewa. Benda baru. Selama ni sedap je duduk kat asrama, tak banyak benda nak pikir. Sekarang ni nak pikir bayar sewa, bil, kereta, dapur, nak pikir housemates, roomates, jiran, tuan rumah etc. Kena baik sangka, tolak ansur, berlebih kurang, ambil berat dll. Susah nak jaga dan senangkan hati semua orang. Mau pening kepala kalau salah langkah. Tapi yang penting kena usaha jugak walau macam mana pun susahnya. Tapi...larat ke kalau asyik sakitkan hati sendiri semata-mata nak jaga hati orang lain?
Memang makin banyak yang kena consider sebelum buat keputusan especially kalau melibatkan orang lain. Hailah, kena anggap ni as experiences sebelum posting lepas habis grad nanti la ni jawabnya. Hopefully, aku makin matang la lepas ni!
###
Sejak kebelakangan ni aku asyik terpikirkan dia je. Kenape ye? Bukannya ada apa2 pun dengan dia. Ke ni efek banyak sangat tengok cerita Korea? Cerita baru aku maraton sampai habis, cerita lama aku ulang tayang. Game pun dah banyak yang aku khatamkan sampai naik muak tengok games yang ada. Tu semua sebab nak elak dari pikir pasal dia. Haih...

+ Kenapa la aku boleh buat gila macam ni?
@ Cuba la sedar sikit, Mama and Abah hantar ke sini suruh belajar la sayang, bukan suruh buat benda lain...tolong la ingat!
+ Aku tau...
@ Ke ko nak benda kat sekolah dulu jadi balik? Killer siblings – Fizik and Add Maths? Remember?
+ Hohoho... mana boleh tak ingat, sejarah hitam tuh! Siap kena ‘brain wash’ dengan ramai cikgu + Mama + Abah tu!
@ Haa, tau pun... So, takkan nak lalui benda tu lagi? Sekali tu tak cukup ke?
+ Ok2... paham! Tapi soal hati dan perasaan mana boleh paksa. Benda tu datang tanpa dijemput... halau la macam mana pun, dia tetap akan datang balik, menempel kat dalam otak ni...
@ Hmm, pandai2 la ko handle. Dah besar kan? So, act like a mutured grown-up!
+ ........


Banyak benda yang aku tak reti nak kongsi dengan Mama, especially bab hati dan perasaan. Kenapa? Entah, aku pun tak tau kenapa. Maybe sebab aku cuma suka nak bagitau kat Mama and Abah benda2 yang dah konfem sahih betulnya saja, yang tak sure lebih baik simpan sendiri.
Maybe aku jadi macam ni sebab hari2 dan selalu ‘ter’ : pandang benda2 yang ada kaitan dengan dia, dengar benda2 yang ada kaitan dengan dia, nampak benda2 yang ada kaitan dengan dia... Tu yang jadi macam tengok ‘wayang kulit’ depan mata la pulak...
Kalau kat rumah, kot tetibe ada sape2 yang tersebut nama dia, sentap kejap aku jadinya tapi buat muka cool jela yang mampu. Diorang pun tau ending aku dan dia macam mana. So, kena sentiasa gagahkan diri ye!

P/S: Ajer Qila, Cha....tolong aku, aku takut memori dulu datang balik, aku tak nak ingat dah pasal tu... ++

1 comment:

  1. saya singgah sini. salam rindu buat kasih ku Adlin. Allah bersamamu. lumrahnya cuil rasa itu selalu shj di jentik dengan giatnya syaitan yang mahu kita itu terus-terusan mengulang dan mengingat dia yang entah di mana. Ya Allah, semoga kau tabah dalam mengenderai makhluk yang bernama hati itu. moga sentiasa diberi kekuatan dan dimudahkan dalam urusanmu sahabat! doa dan ingatan dariku sentiasa :)

    ReplyDelete

Followers

here!

lil bee~