My Greetings

lil thin'

Tuesday, July 13, 2010

...wAs...tAggEd...

…by Eeffah~

Sowi lambat coz ada technical prob sket…

Ok, ni arahan yg diterima:



1.        Go to y0ur ph0t0 file, select the 8th f0lder...


Folder HQ (hari quality)


1.        Select the 8th ph0t0 in that album...


Ni gambar ke-8


--- z O 0 m    i n ---


Ntah sape la yg amek gamba time aku tak besedia ag neh,huhu


Pas abes majlis, sume ajk HQ bergumbira & berkobar-kobar nak amek gamba reramai…

Yelah, nak lepaskan stress!

Sape yg jadi ajk majlis ni faham la maksud aku…




Then challenge 8 blogging friends to do the same!


This is the list :


Syafi -- Ummu -- Wannie -- Um -- AjerQ

Naima -- Anfal -- Kak Dila

anda sume akan saya inform kat FB ye...baru ada tindak balas yg lebih cepat,hehe~
ada ag yg masuk dlm my 2-b-tagged-list, tapi tak taw la dorang ada masa ke idak nak jawab tagged neh...
so, aku pown memberanikan diri utk mengetagged mereka2 diatas~
selamat menuruti arahan my tagged!

Tuesday, July 6, 2010

…dArAh…

A, B, AB, O. Anda yg mane satu?


Salam…
Awak, kamu, anda, kalian sihat? Yg menulis ni masih fenin2 lalat sket2 ~.~
Today is the 1st part of 2nd BIG for this year. Kempen derma darah. Oh my Allah, darah gemuruh dah datang semula! Sejak bila la aku ni jadi sket gementar bila nampak medical apparatus (betul ke term ni?), especially needle? Urghhh!!! Hate this kind of feeling!

Dulu, masa cita2 nak jadi doc masih kuat, aku still bley tahan rasa gemuruh ni…tapi sejak kompem tak dapat jadi doc, rasa gemuruh ni cam dah tak leh nak kawal ag dah…parah nguh la…

Bila recall balik peristiwa2 yg lepas2, baru aku perasan yg aku ni memang agak takut ngan jarum (susah betul nak admit tang ni ++) or should I say as a little bit of phobia? Kalu setakat injection biase, no probs cume bila melibatkan jarum & kuar masuk darah ni yg aku lemah sket…penah 1x pegi cuci darah masa muda2 dulu (the 1st & the last time,huhu), even aku bejaya hadapi ngan ‘sabar & tabah’ hingga saat  & detik terakhir tapi bila abes je, tempat cucuk tu jadi bengkak coz jarum tu dah teralih arah sket masa tengah cuci and sakitnye yang amat! Since then, rasa serik mula menjengah-jengah ruang hati & menjentik-jentik tangkai jantungku…maybe ni la antara sebab nape Allah tak bagi aku peluang utk jadi doc… ^.^

Tambah plak ngan insiden real punye baru2 ni depan ‘4 mata’ aku, tengok cane nurse cucuk jarum kat tangan abah utk masukkan ‘air’ (org kampong cakap la, tak ingat name saintifiknye). Abah dah la tengah tahan sakit kepala, cara nurse tu cucuk plak cam maen hentam je (utk husnuszhon: maybe salur darah abah maen sorok2 ngan nurse tu kowt), bekerut2 dahi abah tahan sakit kat tangan dy. Isk, sian abah…sayu ati aku time ni…bila tengok cara nurse yg aku rasa agak kasar tu, betambah2 la rasa ‘takut’ bila ade urusan yg melibatkan jarum & kuar masuk cecair, tak kesah la darah ke, air ke, yg penting aku bedebar!

Citer pasal derma darah la plak, meremang tengkuk citer pasal mende alah kat atas ni. Bila masuk matrix, ade gak kempen derma darah. Ni konon2nye 1st time nak try derma darah. Checkpoint 1: weight – passed. Checkpoint 2: blood test – failed. Nurse cakap hemoglobin tak cukup, tak leh derma & bley try laen kali. Frust la jugak coz time tu tengah bekobar2 nak derma darah. So, BIG ni la peluang  ke-2 nak derma darah. Checkpoint 1: weight – passed. Checkpoint 2: blood test. Tak sempat nak buat test dah kene reject. Pasal ape? Pasal, aku baru lepas bekam 2 minggu lepas. Coz, at least after 3 bulan dari tarikh ‘pengeluaran darah secara besar-besaran’ (ni istilah aku je), contohnye derma darah, bekam etc, baru bley derma darah ag 1x…so, I was rejected again…which is such a big relief, heh3~

Ade banyak ag nak diceritakan tapi malas nak tulis, biala tesimpan rapi dalam kotak memori yg dah cecah doploh taon ni…kalu dah kongsi sume mende ngan org laen, ape je yg tinggal utk jadi rahsia diri sendirik kan?

Rahsia itu unik. Rahsia itu menarik. Rahsia itu bahagia. Rahsia itu indah. Rahsia itu rahsia. Itulah rahsia~

Thursday, June 10, 2010

it was...

 Bismillah…dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,  Raja segala raja, Pemilik  tunggal alam semesta yg indah & luas terbentang…
Alhamdulillah, dah 5 hari start cuti end of semester. Dan 5 hari ni jugak la aku digasak ngan soklan2 yg tak termasuk lagi dalam syllabus akal seorang cekgu-to-be yg baru berumo doploh taon (muda lagi, tawu?).
Ingatkan bab ni dah abes dah since last ‘risikan’ yg tak jadi tu, huhu…naik pening kepala pikir cane la nak elak ‘peluru2 getah’ dari mama & abah…cuti lama lagi nak abes…kalu hari2 kene ‘tembak’, bule lunyai aku dibuatnye! Tapi yg paling tak boleh tahan (memang tak bleh blah~), mama cakap (cakap? asal aku rasa macam kene ugut?) : kalu ada sape2 masuk r***k/m****g aku, MAMA AKAN TERIMA! Perghhh!!! Dasat gak mama neh…

Mama ada gak tanye2 aku dah ada somebody ke?
Tapi ape yg aku nak jawab? aku takde jawapan.
Mama ada gak tanye2 pasal ‘kawan’ aku ni.
Tapi ape yg aku nak jawab? aku takde kepastian.
Yg mampu aku wat cume sengih, angkat bahu, cakap “ye kot” & “entah la”.

Tak lebih tak kurang. Ke…hati ni tengah cuba sembunyikan sesuatu…? Wahai hati, tolonglah berterus terang…kalu diakhir kembara rasa ni kau dikecewa, tak mengapa kerana itu bererti kau belum ketemu dengan ‘sebahagian’ darimu yg sebenar…jangan mudah berputus asa, kerana rahmat-Nya sentiasa ada untuk hamba2 yg cekal berusaha lillahi ta’ala…
Kadang2 terfikir gak, nape ek sejak2 dah masuk doplohan ni asek dengar citer kawen je…orang ni kawen, orang tu kawen, orang sini kawen, orang sinun kawen…& lastly, dush! kene kat batang idong sendirik, bile nak kawen? urghh~
Nak wat ape skang? Buntu. Sirareboot (cara sebut: sir-are-boot = serabut, credit to Kamal). Pasrah. I can’t concentrate on 2 or more big things at 1 time, but wonderfully, family & study can get along together, which means both are my priority at this moment. Perhaps, I should just let things happen. Allah knows the best for me, for you, for us, for them & for the rest of ummah. Okay, full stop. Don’t want to talk ‘bout it for now. The topic is off.
Sedar tak sedar dah 4 semester aku belaja kat maktab. Tapi, selama 4 sem ni jugak la aku berperang dengan perasaan sendiri. Mana taknye, jiwa ni aku dah bentuk dari sekolah lagi – since I got my UPSR result – to be a doctor but at the end, I’m gonna be a teacher! It’s really hard for me to accept this reality at first. Even sampai sekarang pun macam tak percaya aku akan jadi cekgu betul2 2014 nanti (kalu panjang umo la).
Dulu aku selalu cabar diri sendiri utk challenge classmates yg score bio & chem secara diam2 as both are my favourite subjects but physics & add maths can’t be helped, really helpless, otak ni memang jenis tak minat & tak larat nak bawak kira2 yg supreme, huhu…
Kita expresskan cerita, memang tak sangka dapat result yg bole tahan la ok bagi aku…ingatkan paling2 pun dapat 7A je, alhamdulillah dapat lebih sikit dari yg dijangka even bukan 12 1A macam kengkawan yg lain. Anyway, add maths memang dah ‘tergelincir’ bersama2 BAT, terkilan gak BA tak dapat A…ape pun aku tetap bersyukur dengan apa yg Allah bagi ni.
Dengan result yg bukan straight A’s ni, aku dapat rasa memang tak layak langsung nak apply medic oversea. So, I tried for local. But the answer is still NO. Okey, ni ujian kesabaran. Masuk matrik ngan harapan yg menggunung utk teruskan perjuangan dalam bidang sains hayat, tak dapat jadi doctor pun takpe as long as I can work in medical related field. My probs start here. Aku tak bole nak bawak subjek maths. B-e-r-a-t s-u-n-g-g-u-h. Aku paham apa yg lecturer ajar kat depan tapi bila nak buat latihan sendiri tetibe je ak jadi blur…tak tawu nak start dari mana…sadis betul!
Time ni memang betul2 rasa nak give up, rasa macam nak dropkan subjek ni…tapi bole ke? Selalu gak pikir, bila dah jadi doc, ape yg nak dikira? Tak kan nak buat pembedahan kena guna add maths supreme kot? Tak kan nak bagi dosage ubat pun nak kira guna add maths supreme kot? Tak kan nak periksa patients pun kena guna add maths supreme kot? Sempat ke??? Hehehe…dear all docs-to-be, don’t be mad ok? ^.~
At the same time, apply gak utk maktab. Kira ni plan B la kalu rasa tak bole nak carry on kat matrik. Bila dah jadi macam kat atas ni…so, here I am, dihantar ke Bangi. Elok je aku abes minggu orientasi yg tak mungkin dilupakan, MARA called umah. Encik yg called tu gitaw aku dapat tajaan mereka for local studies…bila tawu, on the spot aku rasa macam nak menangis…macam2 perasaan ada, sumenye bercampur baur…gembira, sedih, lega, terkilan…
Kalu nak resign maktab kene bayar balik kat KPM beratus ribu, mana aku nak cekau? Coz time ni dah sain agreement ngan KPM…nothing can be done, jadi, melepas suda…
Nape aku citer sume ni ek? Bukan niat nak dabik dada atau nak menunjuk2…Cuma nak meluahkan rasa terkilan hati je sebenarnye…macam mana pun aku tetap redha & bersyukur coz dimudahkan oleh Allah laluan kembara ilmu ini & diberi peluang utk bertemu dengan sahabat seperjuangan yg banyak membantu dalam pelbagai perkara serta saling mengingati sesama kita…moga ukhwah antara aku, kau, dia, kita, mereka dan sesiapa sahaja terbina kukuh berlandaskan prinsip ikhlas lillahi ta’ala…

Followers

here!

lil bee~