My Greetings

lil thin'

Saturday, January 8, 2011

atas nama syahadah!

Bismillahirrahmanirrahim...salam satu aqidah!
Sekadar luahan rasa akal yg sedang berkerja keras menganalisis perkara yg berlaku disekeliling, di dalam kampus, di dalam masyarakat...di dalam negara...mungkin!

1.   Bila difikirkan kembali, ape yg telah saya, awak, dan setiap sorang daripada kita telah dan akan buat atas nama Islam dan aqidah yg sama yg benar2 bertepatan dgn syariat Islam yg agung? Saya? Saya akui tak banyak yg telah saya berjaya sumbangkan, lebih banyak utk kepentingan diri sendiri sahaja tapi masih waras utk berfikir baik buruk kesan perbuatan saya kpd orang disekeliling. Insya-Allah, sedaya upaya saya takkan buat sesuatu yg memberi kesan negatif kpd org lain biarpun terpaksa korbankan keinginan atau kepentingan diri sendiri.

2.   Bila difikirkan semula, perlu ke seorang mukmin yg berusaha menegakkan amar ma’ruf mengganggap seorang mukmin yg lain, yg juga cuba melakukan amar ma’ruf, sebagai satu ancaman? Ancaman? Ancaman dari segi ape? Pening saya memikirkannya, tak masuk dek akal saya ape maknanya...kenapa perlu bermusuh sesama sendiri jika benar2 ingin menegakkan amar ma’ruf?

3.   Sepatutnya kita harus bersyukur sebab masih ada pihak lain yg sama2 ingin berjuang meninggikan syiar Islam, mungkin mereka mampu melakukan sesuatu yg tak mampu kita lakukan. Mungkin kita tak bekerjasama secara langsung tapi sekurang-kurangnya kita perlu saling melengkapi dan saling menguatkan dalam menempuh mehnah jalan dakwah. Jangan hanya kerana pendekatan mereka berlainan daripada cara kita, maka kita membenci dan memusuhi mereka. Kita patut berterima kasih pada mereka. Berterima kasihlah kpd mereka selagi mana mereka tidak melanggar batas2 Islam!

4.   Bila difikirkan dgn teliti, ada tak perbuatan kita yg lepas2 menjadi fitnah kpd Islam? Muhasabah kembali, ada tak antara tindakan2 yg bakal kita lakukan dimasa depan akan menimbulkan fitnah kpd Islam? Ada atau tidak? Tepuk dada tanya iman! Apa pandangan org awam, jika ahli2 agama yg dikatakan memperjuangkan Islam, dilihat saling menyalahkan? Apa pendapat org bukan Islam, jika org yg mengaku Islam dan bersaksikan syahadatain, dilihat bergaduh sesama sendiri? Jika ini berlaku, bagaimana mungkin kita terangkan kepada insan yg dalam musafir mencari jalan pulang bahawa Islam itu indah, mendamaikan dan mampu menjadi penawar kpd segala kelukaan?

5.   Islam menggalakkan kita supaya sentiasa bersangka baik sesama muslim. Betul, memang susah utk sentiasa bersangka baik pada org lain kerana takde manusia biasa yg sempurna dan juga kerana tak semua orang benar2 mempunyai niat yg baik pada setiap perbuatannye yg baik. Mungkin kita akan kelesuan berhadapan dgn situasi seperti ini, tapi tak salahkan mencuba? Tak salahkan berusaha agar bersangka baik setiap masa? Mungkin kita akan gagal pada percubaan yg pertama tapi tak bererti kita akan terus gagal dalam percubaan2 yg seterusnya. Yakinlah, dgn cara ini hati kita akan lebih bersedia menghadapi segala macam karenah umat akhir zaman.

6.   Sedar atau tidak, masyarakat kini sering disogokkan dgn slogan ‘tak semua org agama itu baik dan tak semua org awam itu jahat’. Itulah realiti yg saya fikir tak mungkin dapat dinafikan, tapi wajarkah kita biarkan sahaja ia berlarutan tanpa disusuli dgn tindakan? Adakah kita mahu biarkan nila setitik merosakkan susu sebelanga? Adakah kita mahu mengiakan slogan itu atau kita mahu mengubah persepsi itu? Moga tindakan kita seiring dgn bicara kita juga selari dgn kehendak-Nya!

Ya Allah, ya Rabb, ya Rahman, ya Rahim...ku mohon, satukanlah hati2 kami atas jalan menuju rahmat dan redha-Mu...

2 comments:

  1. subhanallah..btol tue alin. dalam perjuangan Islam tidak perlu ada rase ancaman atau sakit hti kt kumpulan yg lain. bila kita sama2 melaksanakn dakwah n tarbiyah, msing2 perlu berlapang dada dan bersangka baik. Aus dan khazraj bersatu dan sebuah negara Islam gemilang terbina. dan hari ini msakan hendak bersatu tp menganggap mereka sbg satu ancaman.. wallahua'lam.. ssungguhnya hmba yg mnulis ini sgt jahil dan dhoif.. =(

    ReplyDelete
  2. salam juang sahabat..

    berlapang dada,. amar ma3ruf nahi mungkar bukan ats lapangan karpet merah yg kita duga. benar. smg kita benar-benar faham dan jelas akan matlamat yang ingin kita tuju,.

    sekadar sdikt sapaan yg tak seberapa,(tertarik dgn entry ni.. :) )

    ReplyDelete

Followers

here!

lil bee~