My Greetings

lil thin'

Tuesday, December 29, 2009

for real~~


Unik kan kek ni? Kat mana la kite boleh jumpa kek ni kan? Ada tak volunteer yg nak tolong sy cari kek ni?hehe… Overall, kek ni ok cume kek aras bawah tu je yg sy tak berapa nak kenan sbb bila tengok polka dots tu sy teringat kat a****g,huhu~

Sy tak suka makan sume kek aising, muak! Sy cume suka makan kek gula hangus. Kek buah & kek pisang sikit2 je sy boleh telan. Kek coklat pun sy suke especially yg chekgu Nor Aini aka chekgu Nora buat tapi sy larat makan dalam kuantiti yg sikit. Kek fondant setakat ni sy tak pernah makan lagi. However, it’s nice to see those colourful icing cakes with creative decorations.

Next year, sy tak dapat celebrate my special day kat umah – ntah kali ke berapa la ni,huhu – coz kene balik kampus awal. Seniors dulu sume daftar lambat dari biasa. Tak tau la apa kene dgn KPM, maybe ada rombakan system kot, tu yg sume students degree sem 1 kene balik awal. Takpe2, demi ilmu yg ingin dituntut ku turutkan jua kehendak KPM & IPG tersayang,hee~

Sejak cuti skola start arituh, sy dah berazam nak bawak kete cz dh lama sangat tak pegang stereng. Peluang memang terbuka luas sbb angah amek SPM taun ni. So, jadi la drebar takde gaji sepanjang cuti ni. Yg paling tak leh lupe, dapat gak daku speed sampai 120km/j [shhh, ni rahsia kite je taw?]. kat mana sy speed, jangan tanya, yg pasti bukan kat highway. Sy berani speeding cz jalan dah la kosong, lurus plak tu, tak kan nak lepaskan peluang yg terbentang depan mata? Kucing tak pernah tolak ikan,hehe~ And now, I’m craving for it again… maybe I should join F1 race,hik3 ^.~

Dear Hani, congratulation for your PMR result!!! Teruskan usaha utk SPM plak ye? Jgn nakal2 kat skola, jadi budak baik yg smart ok? Maybe kakak tak puji depan2 cz kakak tak nak kamu cepat puas hati dgn apa yg telah dimiliki sbb spatutnya kite kene sentiasa tingkatkan usaha demi masa depan kite sendiri dan keluarga kite…buktikan pada dorang yg pandang rendah pada kite yg kite ni lebih baik dari dorang dalam sume aspek hidup, ok dear? ^^



And 1 thing that SHOCKED ME very much, Mama dah bagi due year utk sy kawen…huk3, KAWEN??? Oh, no!!! kalau dulu mama tak kesah tapi skang ni mama kata paling lewat, 25 sy dah kawen...kalu tak jumpe yg sesuai, baru bley extend masa, yg penting jgn desperate nak kawen sudah le…kalu ikotkan, mama nak sy kawen 23 atau 24 – awal giler,huhu…2013, sy baru abes blaja. 2014, baru nak rasa pegang duit sendiri. Dapat extend sampai 2015 tu pun lepas dah ‘rayu2, pujuk2 & bodek2’ mama,hehehe…abah tak kesah sgt tapi katanye lagi awal lagi bagus, asalkan dah sedia sume aspek & cukup duit, on jela.

Actually, bab kat atas ni la bab yg paling sy tak nak discuss ngn mama atw abah, rasa tak selesa, shy2 cat gitu, hahaha…jarang sy kongsi isi hati sy dgn org lain termasuk la mama & abah. Seboleh-bolehnye sy nak elak bab ni tapi kalu dah tak leh elak, sy diam je, dengar jela ape yg mama abah cakapkan, cz to me, muda sgt la nk pikir pasal ni, byk lagi mende lain yg perlukan perhatian sy, plus, sy nak focus pada study, adek2, and family dulu. Dah abes blaja nanti baru cari mood nak fikir pasal ni, tu pun kalu teringat la…heh3


~info~

Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)


Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu."(Riwayat Muslim)


Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)


[[Puasa sunat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)]]

Waallahu ta3ala A3lam..

p/s:

n3 ni dicopy dr blog senior skola sy dlu, skadar pekongsian utk smua.

asif cz n3 ni xdpt dpost awl ats sbb2 tknikal. syukran...

:: deep inside my heart ::

Salam…

I’m counting my days right now. To be a more matured person, to be a good degree-teacher-trainee, to be a good student, to be more responsible, to be somebody –in my own eyes– instead of nobody. Though it’s very hard for me to change drastically, I can change bit by bit with my own willing and this is better compared if I have to change by force– it won’t stay long,huhu.

2010 is just around the corner. I don’t know whether I’ve already prepared for it or not. I’m going to face new things and I’m going to have new experiences. Hopefully I manage to handle everything just the way it should be.

Sometimes I feel empty, I feel lost and some other times I could see only blur things. Sometimes I feel content, I feel guided and some other times I could see everything clearly. I don’t know whether I’m satisfied or not with who I am now, with what I have, with what I have achieved. But for sure I know, this is the best fate for me cause I believe firmly that Allah knows the best for us–the slaves. To me, the most important thing is I must face bravely and bear all the challenges from Allah in my life with no doubt.


My mind works very hard lately. But, I don’t really know what is running in my mind and I don’t even know what exactly I’ve been thinking of. Thus when people asked me why I didn’t talk much, I said nothing – the easiest way to avoid next questions. It’s too complicated for me to find the main ‘switch’ of this endless thinking. The side effect of this problem is, I talk less and people see me daydream a lot. My fellows did ask me why I talk less than usual and even my Mama & Abah caught me daydreaming at home. I can’t answer all the questions as I don’t know how to explain everything in my mind with words.

I was ‘stabbed’ at my back by my own friend when I was in primary and it made me hard to believe others in the first place. Since then, I locked myself in an invincible-invisible-prison. People could get ‘access’ and know the real me if they could find the right key to unlock the prison. It takes me time to give trust to others and once the trust is destroyed, I’ll never believe in that person for the second time.

In this wide world, only 2 people know about me and most of my secrets – one of them is studying at Mansoura University (Dear, did I spell it correctly?) while the other one is in UCSI and will be flying to Ireland (wish you good luck, Dear!). I couldn’t find any other people like them so far. We have went through a lot of things together – happy, sad, sweet, sour, joys as well as frustrations. Our bond become stronger each time and I do pray for this blissful relation to remain forever. I always cherish the moments that we went through since we know each other till now. We were classmates when we were in form 1. At that time, we didn’t have even a single idea that we are going to be close friends in the future. I love you both lillahi ta’ala and do keep in touch my dear…

I do really want to be a real me. But, situations and things around me made it a bit difficult as I must adapt myself to the situation, place and time. I was more like myself when I was in primary and secondary but as time passes, I get confused and now I couldn’t find the old me, I’ve lost some parts of myself. However, I am very grateful the missing parts have been replaced by something better, something valuable and something precious. So, I’ve no regret at all. Now, I lead my life just the way it should be…

Thursday, December 17, 2009

Erti & Hayati

Salam Maal Hijrah 1431 buat semua. Setelah labuhnya tirai 1430H maghrib tadi, bermulalah satu lagi perjalanan baru bagi umat Islam keseluruhannya. Lazim dan kerap kali Maal Hijrah dikaitkan dengan peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Tak dapat disangkal, terlalu besar makna & kesan peristiwa penting ni dalam sejarah Islam serta dalam hidup setiap muslim yg berfikir. Tapi apa ertinya hijrah dalam diri kita? Ada kita selami maksudnya? Atau hanya sekadar angka perhiasan kalendar? Tepuk dada tanya iman & taqwa masing2… Pernah ke kita lihat Maal Hijrah ni dari salah satu dari mana2 sudut pandangan yg ada dalam ruang pemikiran insaniah?

Jika kita intai dari aspek umur, sememangnya tahun baru menjanjikan pertambahan usia yg tak dapat ditahan oleh mana2 agen anti-tua terhebat ciptaan manusia. Rasulullah sendiri telah bersabda bahawa tua itu satu penyakit yg tiada ubat. Tak mungkin dapat diubati, hanya berkemungkinan untuk dilambatkan prosesnya. Peningkatan umur menandakan semakin pendeknya hayat kita di dunia dan mengingatkan kita betapa kita semakin menghampiri kematian tanpa dapat dijangka. Moga kita dikurniakan husnul khotimah, amiin…

Mengikut kiraan hijrah, saat ini usia saya telah mencecah 21. Jika mengikut kiraan masihi, saya masih belasan tahun kerana tahun baru masihi masih belum tiba. Bila ditanya umur, kebiasaannya org akan menjawab begini,

“Ala, baru 21 tahun, muda lagi. Ni la masa untuk enjoy puas2, muda kan sekali je seumur hidup. Dah tua nanti baru la cari sejadah, baru taubat & beribadah banyak2.”

Jarang org menjawab begini,

“Dah 19 tahun, dah tua dah. Kena lagi banyak beramal sebab masa semakin singkat untuk sediakan bekalan yg cukup untuk akhirat. Apa sumbangan yg dah aku berikan demi agama, bangsa & Negara? Setanding ke aku dengan tokoh2 umat Islam zaman dahulu dalam berbakti kepada semua?”

Kalau semua fikir muda hanya sekali, itu la masa untuk enjoy & dah tua nanti baru nak beramal, rosak la manusia juga bumi Allah ni. Tak terfikir ke yg Allah berkuasa ambil nyawa ni balik tanpa ada amaran? Sempat ke nak taubat kalau muda2 lagi dah ‘gol’? Alangkan kelapa muda boleh gugur ke tanah… Tak terlintas ke kat hati yg kelaziman suka enjoy susah untuk diubah bila dah tua nanti kerana dah terbiasa melakukannya? Tu pun kalau panjang umur…

Bertambahnya usia bererti bertambahnya tanggungjawab. Tanggungjawab kepada Islam, keluarga, masyarakat & Negara. Terlalu banyak yg perlu ditanggung dan dijawab dan tentunya lebih berat nak menjawab kat akhirat berbanding di dunia kerana seremah-remah perkara tetap akan disoal tanpa ada pengecualian. Jika kita sedar walau sekecil manapun kata2, keputusan, langkah dan tindakan yg kita buat akan memberi impak besar dalam menentukan perjalanan kita di dunia sekaligus di akhirat, pasti kita akan menjadi lebih teliti dan berhati-hati dalam semua aspek kehidupan, rohani dan jasmani, bukan main aci redah atau main hentam keromo je ikut syok sendiri.

Kadang2 serabut jg bila fikir banyak sangat yg nak dibuat dalam satu masa. Otak jadi jam, keputusan berterabur, tindakan tergendala. Tak ada apa yg boleh buat bila dah jadi camni. Tarik nafas, hembus nafas. Tarik nafas, hembus nafas. Ambil masa nak bertenang, jangan terlalu mendesak akal untuk berkerja ketika letih. Susun strategi demi memudahkan pelaksanaan, barulah terancang semuanya. Bersedia juga untuk hadapi ancaman luar yg tak terjangka supaya plan asal tak terjejas objektifnya. Memang mudah berkata-kata sebab lidah tak bertulang tapi sekurang-kurangnya kita mesti berusaha ke arah kejayaan & kesempurnaan tidak sekadar pasrah semata-mata.

Setiap drpd kita telah mula menerima ‘latihan & kursus’ untuk mengharungi ranjau & cabaran berbeza yg ada disekeliling sejak lahir lagi bersesuaian dgn keperluan semasa dan keperluan akan datang seseorang itu. Kita menerima latihan & kursus ni secara tidak langsung dan terpulang kpd kita sama ada nak manfaatkan atau tidak. Terpulang pada kita juga dengan cara apa kita nak tambah intipati latihan kita. Paling mudah, lihat manusia sekeliling, analisis latihan yg mereka jalani untuk hadapi cabaran & buat kesimpulan pengajaran yg boleh diambil bersesuaian dengan keadaan semasa. Akhir sekali, aplikasi apa yg termampu sepanjang perjalanan kita menuju destinasi abadi.

Tahun baru sinonim dengan azam & tekad hati, tak kisah la tahun baru hijrah atau masihi. Tapi hakikatnya, sejauh mana kita benar2 berazam dan melaksanakannya dengan tekad hati yg kuat? Nilai semula diri. Apa guna mempunyai azam baru setiap tahun tanpa pernah dapat sempurnakan azam tersebut? Azam baru bukan suatu kemestian yg wajib ada dalam mengalu-alukan kedatangan tahun baru, yg penting gerak kerja perkara yg dirancang berjalan lancar mengikut ketetapan masa seperti yg telah ditentukan empunya diri. Sebaiknya, peganglah kata2 ni: hari ni perlu lebih baik drpd semalam, esok perlu lebih baik drpd hari ni. Sekadar luahan pendapat dari insan kerdil~

Sekali terkena, dua kali tahu, tiga kali mengena. Kita belajar dari kesilapan pertama, jadikan pengajaran dan jangan ulang kesalahan yg sama di lain masa. Muslim yg bijak tidak akan terjatuh ke dalam lubang yg sama buat kali ke-2. Tapi jangan sekali-kali kita mengenakan org lain setelah kita tahu kerana itu dianggap menganiaya dan doa org yg teraniaya cepat makbulnya. Saling mengingati sesama kita amat bagus dijadikan amalan dan mudah-mudahan sifat terpuji ini mampu membawa kebaikan untuk kita semua nikmati bersama.

N3 ni ingatan khusus buat diri sendiri juga sesiapa yg ingin berfikir dan ambil sedikit sebanyak manfaat yg ada… Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 dengan penuh erti & penghayatan ^.^

Tuesday, December 8, 2009

Bila hati dah tak suka…

Bismillahirrahmanirrahim.

Hmm, bila hati dah tak suka…macam2 benda negatif mula timbul, susah2...

Rasa tak ikhlas, rasa kurang senang, rasa tak puas hati, rasa bengang, rasa marah, dan segala macam rasa pun muncul. Maka, perangai pun boleh berubah jadi pemalas, berubah jadi pemarah, berubah jadi pengumpat, berubah jadi pendengki, bahkan boleh jadi penasaran akhirnya – na’uzubillah!

Susah nak bersihkan balik hati yg dah terlalu banyak tompok dosa yg hitam legam. Perlu mujahadah yg istiqamah bukan sekerat jalan. Tapi kita tak ada pilihan lain selain drpd sentiasa berusaha membersihkan hati kita. Supaya yg kotor jadi bersih, yg bersih jadi suci, yg kilat jadi kilau, yg kilau jadi cahaya – moga cahayanya mampu menerangi seluruh jasad empunya hati.

Biasanya kita rasa mudah & senang utk memberi nasihat juga kaunselingkan org lain bila diperlukan berdasarkan situasi yg berbeza. Jika difikirkan semula bila kita pula yg hadapi situasi yg serupa tapi tak sama tu, apa yg kita buat? Kita buat tak apa yg pernah kita nasihatkan & suruh org lain buat? Apa perasaan kita masa tu? Utk berkata2 memang senang tapi nak buat tu yg susah sebab kena ambil kira macam2 faktor yg berkaitan. Kalau tersilap buat keputusan, tersalah ambil tindakan, alamat naik lagi la paras air laut dunia ni dek kerana air mata kita yg melimpah…sesal dulu pendapatan sesal kemudian ibarat nasi dah jadi bubur sebab labu yg dah rosak tak kan boleh dibaiki semula oleh si tikus…

Kita tak akan selalu dapat apa yg kita nak tapi Allah sentiasa bagi kita apa yg kita sebenarnya perlukan tanpa sebarang mudarat. Bezanya, kita sedar atau tidak tentang hakikat ni, tu je. Kita biasanya hanya nampak & suka berfikir perkara2 yg tersurat disekeliling mereka tapi terlupa meneliti hikmah yg tersirat dalam setiap kejadian ciptaan-Nya terutamanya diri kita sendiri. Mungkin inilah antara punca kenapa kita melanggar & ingkar pada arahan juga larangan Yg Maha Agung. Sesungguhnya, semua perbuatan keji kita tak akan memberi sebarang kesan kpd kekuasaan dan kebesaran Allah bahkan hanya mendatangkan mudarat kpd diri kita sendiri jua akhirnya.

Ada org petah kata2, bernas idea. Ada org tajam penanya, terkunci mulutnya. Ada org terlebih bising tapi tin kosong, hampeh. Cuba muhasabah sekejap, kita jenis yg mana? Org yg pertama, kedua atau ketiga? Kalau yg pertama, alhamdulillah, bagus sangat, teruskan usaha. Kalau yg kedua, alhamdulillah, syukur juga, boleh ditingkatkan lagi. Tapi kalau yg ketiga…fikir, nilai, cari & baikilah mana silap atau salahnya supaya kita berupaya utk keluar dari kelompok ni yg tak dapat beri faedah kpd sesiapa pun kerana nilai hidup adalah pada memberi perkara bermanfaat kpd semua, sama konsepnya dgn kata2 ‘tangan diatas adalah lebih baik dari tangan yg dibawah’.

Siapa kita utk meletak diri sendiri pada kedudukan yg tinggi walaupun kita adalah pemilik sementara jasad yg fana’ ini. Manusia lain juga tak layak menghakimi kita kerana mereka tidak tahu hakikat yg tersembunyi. Hanya Allah yg berhak menentukan darjat sebenar kita disisi-Nya. Lantas, sewajarnya kita semua hidup dalam keadaan rukun & damai tanpa sengketa serta saling berpesan dgn kebenaran & kesabaran. Kita harus akur pada fitrah kurniaan Allah pada kita yg mahukan keadilan & kesejahteraan yg hakiki bukan fatamorgana semata. Justeru, telah Allah utus para Nabi & Rasul bagi menyebarkan risalah Islam yg kudus juga sebagai pembimbing umat manusia. Turut Allah sediakan garis panduan syariat yg lengkap dan sentiasa relevan merentas zaman utk kita ikuti & patuhi tanpa perlu memikir atau membangkitkan soal kompromi juga kroni.

Fikir-fikirkanlah…

Sunday, November 29, 2009

KISAH SEORANG ZINNIRAH

Dalam keseronokan melaksanakan jamuan kelas yang telah dirancang bersempena meraikan habisnya peperiksaan dunia dan meraikan diri kami yang bakal memasuki program ijazah [insya-Allah~~] secara rasminya bermula Januari 2010, kami masih tidak lari dari tazkirah dan muhasabah yang ku rasakan amat bermakna sekali.

Betapa keindahan alam yang terbentang dapat menyentuh dan mengingatkan sanubari kecil ini mengenai kebesaran dan kekuasaan Al-Khalik. Terdetik dihati alangkah kerdilnya diri ini berbanding ciptaan-Nya yang lain, diri yang riwayatnya bermula dengan setitik air mani yang amat hina hinggakan jika ia terjatuh ke atas tanah, tidak ada seekor pun ayam yang sudi mematuk dan tidak ada seekor itik pun yang ingin menyudu..masya-Allah..

Larian air yang adakala tenang dan adakalanya deras membekas dalam jiwa ini lantas mengajak akal berfikir, begitu jugalah kehidupan setiap insan di alam fana’ ini. Hidup kita pasti tidak akan sunyi dari masalah juga ujian kerana dengan itu kita akan menjadi lebih kuat dan dekat kepada-Nya serta dapat mendidik hati agar sentiasa bersyukur juga berbaik sangka kepada Allah. Susah payah dan senang lenang, kedua-duanya adalah bentuk ujian Allah buat hamba-hamba-Nya dalam meningkatkan kedudukan kita disamping-Nya, insya-Allah…

Kata-kata temanku [syukran sahabat ^^] mengenai perbandingan hubungan antara air dan batu di tempat yang kami lawati itu langsung membangkitkan diriku yang telah lemas dalam angan yang panjang, sungguh tidak ku sedari tentang itu..terima kasih sekali lagi wahai sahabat.. Katanya, air dan batu merupakan dua unsur yang berlainan dan mempunyai sifat serta ciri yang berbeza, namun mereka mampu untuk hidup bersama untuk jangka masa yang lama sejak dari dulu hingga sekarang. Maka, kita sebagai manusia yang bersaudara atas satu aqidah yang suci pasti dapat hidup dengan keadaan yang aman dan damai bahkan lebih baik daripada itu kerana kita dikurniakan akal yang diberi kemampuan untuk membezakan perkara-perkara yang hak dan yang batil. Moga kita dapat mencontohi hubungan yang terjalin antara air dan batu tersebut,amiinn…

Paling tidak ku sangka ialah anugerah yang ku terima dalam majlis kecil tapi meriah ini. Zinnirah. Nama seorang serikandi Islam yang masyhur dalam sejarah silam. Masyhurnya kerana kekuatan dan kekentalan aqidah yang terbina dalam jiwanya walau diuji dengan pelbagai rintangan. Terasa tidak layak untuk ku menyandang dan menerima anugerah yang ku kira berat lagi tinggi darjatnya itu. Terlalu besar jurang yang tercipta antara diri yang serba kekurangan ini dengan serikandi terbilang itu. Ku harap agar dapat mencontohi kekuatan dan kemuliaan peribadinya dengan hati yang ikhlas dan istiqamah. Lantas ku cuba telusuri perjalanan hidup seorang serikandi Islam yang bernama Zinnirah…

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome dan hidup dalam sebuah keluarga yang sangat miskin serta serba kekurangan. Zinnirah terpisah daripada keluarganya ketika tercetusnya satu peperangan besar dalam lipatan sejarah Rome kerana dia telah ditawan. Sejak itu, dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Dia dilayan dengan kasar dan diperlakukan seperti binatang oleh tuannya sepanjang menjadi hamba abdi. Hinggalah akhirnya dia dijual di sebuah pasar di Mekah dan dibeli oleh Umar Al-Khattab yang ketika itu masih belum memeluk Islam dam amat memusuhi Rasulullah SAW dan kaum muslimin.

Zinnirah pernah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya menjadi asbab akan sampainya Nur Islam yang menyinari terang jiwa Zinnirah. Hamba itu menerangkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dan penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk menerima Islam.

Secara fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi spiritualnya cukup kental dan tabah. Pada peringkat awal keislamannya, dia melakukan ibadah secara rahsia kerana tuannya yang amat membenci Islam ketika itu. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.

Penderitaan Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislaman Zinnirah. Umar dapat menghidu perubahan hambanya itu dan dia telah mendengar gadis itu membaca Al-Quran. Tahulah Umar bahawa Zinnirah telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad SAW dan ini telah menimbulkan kemarahan Umar terhadap Zinnirah. Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan meninggalkan Islam dan kembali kepada agama asalnya. Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah lalu menjemurnya di tengah panas terik padang pasir tanpa makan dan minum. Dia juga dipukul, dihentak dan disepak terajang tanpa rasa belas dan ihsan dari tuannya itu. Semua itu dihadapi oleh Zinnirah dengan penuh sabar disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah. Mulutnya juga tidak berhenti-henti membisikkan nama Allah..Allah..Allah…

Hingga satu tahap, Umar menyeret Zinnirah ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Kedua mata Zinnirah dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkan hilang penglihatannya dan darah bercucuran daripada matanya. Zinnirah diejek oleh kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat Latta dan Uzza. Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkannya berlaku. Hatinya begitu kukuh dengan keimanan kepada Allah dan tetap yakin kepada-Nya yang Maha Esa.

Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepada-Nya sebagai penawar segala penderitaan yang dialaminya.

Penderitaan Zinnirah itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar As-Siddiq dan Zinnirah dibeli oleh Abu Bakar daripada Umar dengan harga yang tinggi. Walaupun diseksa dengan pelbagai cara oleh Umar, Zinnirah tidak berdendam malah mendoakan agar Umar diberi hidayah dan petunjuk daripada Allah. Dengan izin-Nya, mata Zinnirah yang buta itu dapat melihat kembali bahkan sinaran matanya lebih bercahaya berbanding sebelumnya. Peristiwa yang mengkagumkan ini telah menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah…

ZINNIRAH

Hadirmu bersama kuntum sebak

Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman

Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi

Kini, ku masih dalam mujahadah untuk menjadi lebih baik sesuai dengan maksud sabda Baginda Rasulullah SAW yang mahukan umatnya hari ini menjadi lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini, kuharap agar kalian menegur kira ada kesalahan dan khilaf yang ku lakukan sama ada secara sedar atau pun tidak. Ku pinta agar tegurlah dengan cara yang berhikmah agar mudah untukku menerimanya dengan hati yang terbuka kerana fitrah manusia susah untuk menerima kritikan dan teguran yang kasar walau ia berlandaskan kebenaran. Doakanlah juga agar ku mampu untuk bertahan serta teguh azam untuk meneruskan pengembaraan di jalan redha-Nya. Tidak ku mahu alami perubahan yang sementara kerana ku inginkan nilai istiqamah dalam kamus hidupku dan berpasakkan keimanan yang teguh kepada-Nya. Amat ku sayang akan tali silaturrahim yang terjalin ini yang nilainya tiada tandingan dan izinkan ku untuk terus menghargainya teman…

Rehlah Kelas Terchenta

Assalamualaikum sahabat2 sume....hi3...formal la pulak...ermmm....ni 1st time post soMething utk bLog kls kite..ape macam lOPo..??? serOnok x??best x??syok x??sy rase sahabat2 sUme adE jawapaNNye..ermmm....sePerti yg dirancangkn kite sume alhamdulillah smpi jugak kat sane kn3??

Kisah Bermula.....

PEnaNtian 1 penyekSaan....
peMandU2 berheMah bertolak lmbt ambk kete tercinta d kajang,,,pas2 apabila smpi di kwsn yg dijnjikn..sahaBat2 sume muke da ketat da kelat...diTambah pulaK dgn jejaKA idaMAn maLaya ygCEPAT sgt besiap berbnding kaUm HaWa yg LAMBAT daN semangat sangat yg mana jam 7.30 pg da ade kt dpn cafe..sY wakil2 pemandu2 berhemah mohon amPun & maaf ats kEcepatan kami 2..

oN da WaY....
keEmpat2 kereta meLuncur dgn jayenye melintas paK GuarD yg tercinta..perJalanan tidaK berape lancar sgt kerana peNunjuk arah br petame kali menjadi ketua konvoi..jd dia Telah meninggalkan kamI dgn kelaJuan 60km/j..sehinGgakan ummi terCinta ditelan dek kesesakAn lalu linTas angkaRa manusia yG menGejar kemewahan dunia..tetaPi ketua konVoi WEG 865 telaH menYedaRi kehiLangan TAN 5591,WPD 2291,AGL 4315 & kete uMmi..lupe plk no plat nye..dia telah meMperlahankan kayuhan KeretA nye bertukar menjadi 30km/j.. hik3.. tetiBe,,,,,,perut berBunyi minta DiIisi..krak..kruk..krak...kruk..bunYi terSebut telah dialami oleh sebUah kuarge bahAgia AGL 4315..jd..mereKa tlh berMurah hati berhenTi d tepi jalan untuk memBelikan saRapan pg untuk kiTe sumue...AriGato.....

LOpO tercinTA....
kaMi seLamat saMpai destinasi yg Di Tuju...aLhamdulillah....kedatangan kami disaMbut oleh besTfriend tOk dalIk yg bernama Pak Mat..(agaknye kot)...sepertimana yg tlh dirncgkn...acare msk memasak aym, ikan, & telur ayam dlm buluh pn berlangsung....pelik bunyinye tp begitulah kenyataannye,,,, d cni adat betukar yg mana kaum adam adlh antara yg paling sebok di dapur berbanding kaum hawa yg hanye tgk je....wah!,,,lelaki sejati..,,mane nak dpt yg mcm nih..ala mcm lagu KRU 2,,,(DAPATKAN SEGERA SEMENTARA MASIH ADA KU JANTAN TERHEBAT YG TERHANGAT DI PASARAN) hehehe...btol ke lirik nih..kalau slh jgn mare..x lupe jgk mkNan kite yg hebat yg x dPt dimaNa2 restoran hatTa restoran berputar KL tower tau...hi3.x....sy ase sahabAt2 sume mmg berkelayakkan posting sAbah Sarawak....

KenanGan terinDah...
baNyak nk cite tp ni antara yg MenariK melainkan yG menarik2 belaka...ade antara Kite jd hero ari 2..menyelamatkan salah seorang saHabat kite dr cengkamAn binaTang yg begItu comel Sekali,,,hik3..ade lg nk cite nih...adE la antara2 kite ni yg CuaK Giler kat air..tp dgn sokongan padu dan Ukhwah fillah dr kite seMua, dia dpt terjun ke aiR dgn selamatnYe Alhamdulillah.... xlupe jgk..siap jumpe Tok Dalik 2...huhu...mane nak JumPe tok Dalik puake niang rapIk melainkan d tv3 je..hebat2.....haa....ade lg yg seronok iaitu mase 2ka2 hadiah 2...huhu..errmmm sume dpt(mmg la,,,da sume bwk hadiah)..ajk aktiviti pd rehlah kali ni telah memutuskn untuk memberi gelaran pada semue..geLaran tersebut berdasarkan ciri2 yg ade pd sahabat2 sume dan dipadankan dengan para solihin(bukan kite sume setaraf dengan mereka,tetapi dengan adenye gelaran ini,moga2 kita sumue dpt kekuatan untuk mencontohi sifat2 yg ade pd mereka)...sEeronoOoOk sgt....hik3...

Kamal à khalifah Abu Bakar As-Siddiq

Azri
à khalifah umar Al-Khatab

Yusuf
à khalifah Uthman b Affan

Syafiq
à Hassan Al-Banna

Izzul
à Imam Al-Ghazali

Adhwa
à Imam Nawawi

K. Adillah
à Siti Khadijah

Eeffah
à Sumayyah

Hidaya
à Asma' Abu Bakar

Syiqah
à Hafsah Umar

Liyana
à Aisyah Humaira'

Azimah
à Zainab Al-Ghazali

Fatimah
à Fatimah Az-Zahra'

Naima
à Masyitah

Izzati
à Siti Mariam

Anfal
à Asiah

Adlin
à Zinnirah

K. Fatin
à Siti Hajar

Husna
à Rabiatul Adawiyah

Suhaili
à Ainul Mardhiah


KeBerangkatan PuLang......
seTelah penat bermandi manda dengan hati yg gembira & taajub melihat kebesaran YG MAHA PENCIPTA, kami pn berangkat pulang dlm keadaan hujan renyai...kaMi bergambar kenang-kenangan dengan best frIend tok Dalik..(tok Dalik da balik da MasE 2..)..kami tinggalKan LOPO dengan 1001 kenangan yg xkn dilupekan...InsYaAllah....

persInggahaN yg tIdak diranCang....
rancangan utk ke masjid putrajaya dibatalkan ats sbb azn telah berkumandang menunjukkan telah masuknya waktu solat bagi kawasan Kuala LUmpur dan kawasan yg sewaktu dengannya..kite sume tlh benti d msjd Hasanah...berdekatan dgn PKNS...setelah selesai mengerjakan solat berjemaah bersama...tibe2 perut berbunyi sekali lagi..krak..kruk..krak...kruk..minta diisi..Ajk makanan mengambil alih tugas dgn mengesyorkan kite sume mengisi perut di RESTORAN AMIR...punye cantik restoran 2..sehinggakan kerete TAN 5591 terlajak maju dengan berwawasan dan berkeyakinan ke PKNS....tetapi telah dipnggl balik oleh ibu pejabat dan memberikan arahan jalan yg betul....hik3...

refLeksi......
mCmane dgn saHabat2 yg xnk pg dr awl plan kite bersame ni, ape raSe andA slps bermandi mAnda dgn gumbirenye kat LoPo 2??siap ade yg smpi lebaM kaKi trkna baTu hikmat kat Lopo.. ..tetapi apapun..sume 2 dgn izIn ALLAH SWT kite dpt berehlah bersame2...walaupun pd awlnye mendapat tentangan hebat dr pelbagai pihak semenjak kite plan hingga sehari sebelum nk ke LoPO...beTapa indaHnya perancanGan ALLAh SWt yg tiada siape pn tahu..yg menariknYA kite sume dpt ke tempat2 yg di rancangkan iaitu LOPO dan RESTORAN AMIR...hehehehe...

penuTup
terima kasih saya ucpkan pade sume sahabat2 yg bekerjasama dlm menjayakan rehlah kali ini..seMoGA ukhwAH kita semakin mantap dan BerkekalaN hingga AkHir HAyaT...saya bg penulis post ini memohon ribuan ampun & maaf atas segala kesalahn tatabahasa yg mmg disengajakan..dan x lupe jgk pada mana2 sahabt yg rasa terbabit dalam kisah ini...ribuan ampun & maaf dipinTa...ini seKadar gurauan dan Imbasan kenangAn anTAra kite semua,,,,

SaLAm PerjuanGAn & selaMat menghaYati erti keHidupaN.....
-13 Nov 2009-

[n3 ni di'copy' & di'edit' dr blog kelas t'cinta utk kenangan dimasa akan dtg..klu rjin baru upload gmbo,hehe]

Salam Pertama yg bukan pertama...

Bismillah...
Salam buat semua...

Blog ni sebenarnya dah lama bertapak di alam maya ni cuma kewujudannya dirahsiakan oleh pemilik yg dimiliki oleh yg Maha Pemilik..
n3 yg dah tercatat sebelum ni dilupuskan sama sekali krn isinya yg tak menepati piawaian umum,huhu..
maka, segalanya akan bermula semula dr peringkat bawah..

asif jika kandungan blog ni tak memenuhi citarasa anda sebagai pembaca tapi hakikatnya sy 'berkuasa penuh' atas segala yg berkaitan dgn blog yg baru setahun jagung neh,hee~
maybe sy boleh katakan blog ni adalah saksi hampir keseluruhan peristiwa yg berlaku disekeliling sy bermula pd saat ini, saat umur kian menginjak usia puluhan tahun,huhu...

setakat ni dulu, salam sayang dan salam ukhwah utk semua...

Followers

here!

lil bee~