My Greetings

lil thin'

Tuesday, December 8, 2009

Bila hati dah tak suka…

Bismillahirrahmanirrahim.

Hmm, bila hati dah tak suka…macam2 benda negatif mula timbul, susah2...

Rasa tak ikhlas, rasa kurang senang, rasa tak puas hati, rasa bengang, rasa marah, dan segala macam rasa pun muncul. Maka, perangai pun boleh berubah jadi pemalas, berubah jadi pemarah, berubah jadi pengumpat, berubah jadi pendengki, bahkan boleh jadi penasaran akhirnya – na’uzubillah!

Susah nak bersihkan balik hati yg dah terlalu banyak tompok dosa yg hitam legam. Perlu mujahadah yg istiqamah bukan sekerat jalan. Tapi kita tak ada pilihan lain selain drpd sentiasa berusaha membersihkan hati kita. Supaya yg kotor jadi bersih, yg bersih jadi suci, yg kilat jadi kilau, yg kilau jadi cahaya – moga cahayanya mampu menerangi seluruh jasad empunya hati.

Biasanya kita rasa mudah & senang utk memberi nasihat juga kaunselingkan org lain bila diperlukan berdasarkan situasi yg berbeza. Jika difikirkan semula bila kita pula yg hadapi situasi yg serupa tapi tak sama tu, apa yg kita buat? Kita buat tak apa yg pernah kita nasihatkan & suruh org lain buat? Apa perasaan kita masa tu? Utk berkata2 memang senang tapi nak buat tu yg susah sebab kena ambil kira macam2 faktor yg berkaitan. Kalau tersilap buat keputusan, tersalah ambil tindakan, alamat naik lagi la paras air laut dunia ni dek kerana air mata kita yg melimpah…sesal dulu pendapatan sesal kemudian ibarat nasi dah jadi bubur sebab labu yg dah rosak tak kan boleh dibaiki semula oleh si tikus…

Kita tak akan selalu dapat apa yg kita nak tapi Allah sentiasa bagi kita apa yg kita sebenarnya perlukan tanpa sebarang mudarat. Bezanya, kita sedar atau tidak tentang hakikat ni, tu je. Kita biasanya hanya nampak & suka berfikir perkara2 yg tersurat disekeliling mereka tapi terlupa meneliti hikmah yg tersirat dalam setiap kejadian ciptaan-Nya terutamanya diri kita sendiri. Mungkin inilah antara punca kenapa kita melanggar & ingkar pada arahan juga larangan Yg Maha Agung. Sesungguhnya, semua perbuatan keji kita tak akan memberi sebarang kesan kpd kekuasaan dan kebesaran Allah bahkan hanya mendatangkan mudarat kpd diri kita sendiri jua akhirnya.

Ada org petah kata2, bernas idea. Ada org tajam penanya, terkunci mulutnya. Ada org terlebih bising tapi tin kosong, hampeh. Cuba muhasabah sekejap, kita jenis yg mana? Org yg pertama, kedua atau ketiga? Kalau yg pertama, alhamdulillah, bagus sangat, teruskan usaha. Kalau yg kedua, alhamdulillah, syukur juga, boleh ditingkatkan lagi. Tapi kalau yg ketiga…fikir, nilai, cari & baikilah mana silap atau salahnya supaya kita berupaya utk keluar dari kelompok ni yg tak dapat beri faedah kpd sesiapa pun kerana nilai hidup adalah pada memberi perkara bermanfaat kpd semua, sama konsepnya dgn kata2 ‘tangan diatas adalah lebih baik dari tangan yg dibawah’.

Siapa kita utk meletak diri sendiri pada kedudukan yg tinggi walaupun kita adalah pemilik sementara jasad yg fana’ ini. Manusia lain juga tak layak menghakimi kita kerana mereka tidak tahu hakikat yg tersembunyi. Hanya Allah yg berhak menentukan darjat sebenar kita disisi-Nya. Lantas, sewajarnya kita semua hidup dalam keadaan rukun & damai tanpa sengketa serta saling berpesan dgn kebenaran & kesabaran. Kita harus akur pada fitrah kurniaan Allah pada kita yg mahukan keadilan & kesejahteraan yg hakiki bukan fatamorgana semata. Justeru, telah Allah utus para Nabi & Rasul bagi menyebarkan risalah Islam yg kudus juga sebagai pembimbing umat manusia. Turut Allah sediakan garis panduan syariat yg lengkap dan sentiasa relevan merentas zaman utk kita ikuti & patuhi tanpa perlu memikir atau membangkitkan soal kompromi juga kroni.

Fikir-fikirkanlah…

1 comment:

  1. salam..
    sangat betul tu
    syukran zinnirah krna
    memberi peringatan pada
    diri yang lemah dan hina ini
    wallahu'alam...

    ReplyDelete

Followers

here!

lil bee~