My Greetings

lil thin'

Thursday, December 17, 2009

Erti & Hayati

Salam Maal Hijrah 1431 buat semua. Setelah labuhnya tirai 1430H maghrib tadi, bermulalah satu lagi perjalanan baru bagi umat Islam keseluruhannya. Lazim dan kerap kali Maal Hijrah dikaitkan dengan peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Tak dapat disangkal, terlalu besar makna & kesan peristiwa penting ni dalam sejarah Islam serta dalam hidup setiap muslim yg berfikir. Tapi apa ertinya hijrah dalam diri kita? Ada kita selami maksudnya? Atau hanya sekadar angka perhiasan kalendar? Tepuk dada tanya iman & taqwa masing2… Pernah ke kita lihat Maal Hijrah ni dari salah satu dari mana2 sudut pandangan yg ada dalam ruang pemikiran insaniah?

Jika kita intai dari aspek umur, sememangnya tahun baru menjanjikan pertambahan usia yg tak dapat ditahan oleh mana2 agen anti-tua terhebat ciptaan manusia. Rasulullah sendiri telah bersabda bahawa tua itu satu penyakit yg tiada ubat. Tak mungkin dapat diubati, hanya berkemungkinan untuk dilambatkan prosesnya. Peningkatan umur menandakan semakin pendeknya hayat kita di dunia dan mengingatkan kita betapa kita semakin menghampiri kematian tanpa dapat dijangka. Moga kita dikurniakan husnul khotimah, amiin…

Mengikut kiraan hijrah, saat ini usia saya telah mencecah 21. Jika mengikut kiraan masihi, saya masih belasan tahun kerana tahun baru masihi masih belum tiba. Bila ditanya umur, kebiasaannya org akan menjawab begini,

“Ala, baru 21 tahun, muda lagi. Ni la masa untuk enjoy puas2, muda kan sekali je seumur hidup. Dah tua nanti baru la cari sejadah, baru taubat & beribadah banyak2.”

Jarang org menjawab begini,

“Dah 19 tahun, dah tua dah. Kena lagi banyak beramal sebab masa semakin singkat untuk sediakan bekalan yg cukup untuk akhirat. Apa sumbangan yg dah aku berikan demi agama, bangsa & Negara? Setanding ke aku dengan tokoh2 umat Islam zaman dahulu dalam berbakti kepada semua?”

Kalau semua fikir muda hanya sekali, itu la masa untuk enjoy & dah tua nanti baru nak beramal, rosak la manusia juga bumi Allah ni. Tak terfikir ke yg Allah berkuasa ambil nyawa ni balik tanpa ada amaran? Sempat ke nak taubat kalau muda2 lagi dah ‘gol’? Alangkan kelapa muda boleh gugur ke tanah… Tak terlintas ke kat hati yg kelaziman suka enjoy susah untuk diubah bila dah tua nanti kerana dah terbiasa melakukannya? Tu pun kalau panjang umur…

Bertambahnya usia bererti bertambahnya tanggungjawab. Tanggungjawab kepada Islam, keluarga, masyarakat & Negara. Terlalu banyak yg perlu ditanggung dan dijawab dan tentunya lebih berat nak menjawab kat akhirat berbanding di dunia kerana seremah-remah perkara tetap akan disoal tanpa ada pengecualian. Jika kita sedar walau sekecil manapun kata2, keputusan, langkah dan tindakan yg kita buat akan memberi impak besar dalam menentukan perjalanan kita di dunia sekaligus di akhirat, pasti kita akan menjadi lebih teliti dan berhati-hati dalam semua aspek kehidupan, rohani dan jasmani, bukan main aci redah atau main hentam keromo je ikut syok sendiri.

Kadang2 serabut jg bila fikir banyak sangat yg nak dibuat dalam satu masa. Otak jadi jam, keputusan berterabur, tindakan tergendala. Tak ada apa yg boleh buat bila dah jadi camni. Tarik nafas, hembus nafas. Tarik nafas, hembus nafas. Ambil masa nak bertenang, jangan terlalu mendesak akal untuk berkerja ketika letih. Susun strategi demi memudahkan pelaksanaan, barulah terancang semuanya. Bersedia juga untuk hadapi ancaman luar yg tak terjangka supaya plan asal tak terjejas objektifnya. Memang mudah berkata-kata sebab lidah tak bertulang tapi sekurang-kurangnya kita mesti berusaha ke arah kejayaan & kesempurnaan tidak sekadar pasrah semata-mata.

Setiap drpd kita telah mula menerima ‘latihan & kursus’ untuk mengharungi ranjau & cabaran berbeza yg ada disekeliling sejak lahir lagi bersesuaian dgn keperluan semasa dan keperluan akan datang seseorang itu. Kita menerima latihan & kursus ni secara tidak langsung dan terpulang kpd kita sama ada nak manfaatkan atau tidak. Terpulang pada kita juga dengan cara apa kita nak tambah intipati latihan kita. Paling mudah, lihat manusia sekeliling, analisis latihan yg mereka jalani untuk hadapi cabaran & buat kesimpulan pengajaran yg boleh diambil bersesuaian dengan keadaan semasa. Akhir sekali, aplikasi apa yg termampu sepanjang perjalanan kita menuju destinasi abadi.

Tahun baru sinonim dengan azam & tekad hati, tak kisah la tahun baru hijrah atau masihi. Tapi hakikatnya, sejauh mana kita benar2 berazam dan melaksanakannya dengan tekad hati yg kuat? Nilai semula diri. Apa guna mempunyai azam baru setiap tahun tanpa pernah dapat sempurnakan azam tersebut? Azam baru bukan suatu kemestian yg wajib ada dalam mengalu-alukan kedatangan tahun baru, yg penting gerak kerja perkara yg dirancang berjalan lancar mengikut ketetapan masa seperti yg telah ditentukan empunya diri. Sebaiknya, peganglah kata2 ni: hari ni perlu lebih baik drpd semalam, esok perlu lebih baik drpd hari ni. Sekadar luahan pendapat dari insan kerdil~

Sekali terkena, dua kali tahu, tiga kali mengena. Kita belajar dari kesilapan pertama, jadikan pengajaran dan jangan ulang kesalahan yg sama di lain masa. Muslim yg bijak tidak akan terjatuh ke dalam lubang yg sama buat kali ke-2. Tapi jangan sekali-kali kita mengenakan org lain setelah kita tahu kerana itu dianggap menganiaya dan doa org yg teraniaya cepat makbulnya. Saling mengingati sesama kita amat bagus dijadikan amalan dan mudah-mudahan sifat terpuji ini mampu membawa kebaikan untuk kita semua nikmati bersama.

N3 ni ingatan khusus buat diri sendiri juga sesiapa yg ingin berfikir dan ambil sedikit sebanyak manfaat yg ada… Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 dengan penuh erti & penghayatan ^.^

1 comment:

  1. moga2 hijrah ini mmbri kt kekuatan utk berubah
    moga2 rahmat dn hidayah ALLAH terus brsma kt
    moga2 smua krn DIA
    salam sayang hanya krn ALLAH

    ReplyDelete

Followers

here!

lil bee~